Berita Harian

Tiga beranak tak sempat lari

Dua terbunuh, anak lelaki kritikal go-kart rempuh penonton

- Oleh Sharul Nizam Mohamad

Seorang penonton mendengar jeritan wanita meminta suami dan anak supaya bangun dan lari apabila tiba-tiba sebuah go-kart yang hilang kawalan meluru laju ke arah penonton, selain merempuh kon keselamata­n plastik yang diletakkan penganjur perlumbaan di tepi litar.

Said Ishak, 56, berkata lelaki dan anak perempuann­ya yang masih kecil tidak sempat berbuat demikian sebelum dirempuh kenderaan terbabit.

“Ketika itu, saya bersama keluarga dan penonton lain sedang asyik menyaksika­n perlumbaan itu.

“Tiba-tiba saya lihat sebuah gokart yang hilang kawalan meluru laju ke arah penonton dan merempuh kon keselamata­n plastik.

Rempuh penonton

“Selepas pemandu berkenaan melanggar penghadang plastik, kenderaan itu seakan-akan terbang sejauh kira-kira 10 meter dan merempuh beberapa penonton yang sedang menyaksika­n perlumbaan di luar litar. Pada ketika itu saya terdengar jeritan wanita meminta suami dan anak bangun tetapi tak sempat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kemalangan itu meragut nyawa Penyelia Kilang, Eastman Chemical (M) Sdn Bhd, Kawasan Perindustr­ian Gebeng, Kuantan, Izwan Isa, 38, dan anak bongsunya, Nur Zulaikha, 5.

Mangsa ketika itu menonton Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMARACE) 2106, di litar terbuka Jalan Kompleks SUKPA, Indera Mahkota.

Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38 pula cedera ringan manakala anak sulung pasangan itu, Muhammad Izz Danial Izwan, 7, kritikal akibat dirempuh kenderaan itu dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Izwan, berasal dari Jalan Long Yunus, Kota Bharu maut di tempat kejadian manakala anak perempuann­ya, Nur Zulaikha Izwan, 4, pula ketika mendapatka­n rawatan di HTAA, Kuantan.

Bergesel sebelum terbabas

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Superinten­dan Mohd Noor Yusof Ali, berkata siasatan pihaknya mendapati seorang daripada peserta yang memandu go-kart berkuasa 131cc bergesel dengan peserta lain sebelum pemandu terbabit terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh empat beranak terbabit yang sedang menonton di bahu jalan.

Katanya, polis sudah mengambil sampel air kencing dan contoh darah ketiga-tiga pemandu berusia 25, 23, dan 19 tahun untuk ujian toksikolog­i Jabatan Kimia Pahang.

“Perlumbaan berkenaan mempunyai permit dan ketika kejadian keadaan permukaan jalan kering dan cuaca baik,” katanya.

Mohd Noor berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dan mengklasif­ikasikan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Jenazah dua beranak terbabit sudah dituntut oleh waris untuk pengebumia­n di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Ubi malam tadi.

Sementara itu, jenazah keduadua mangsa dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, di sini, kira-kira jam 11.10 malam tadi.

Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota yang dihadiri lebih 600 orang termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, rakan dan saudara mara mangsa.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Siti Suhaiza ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Siti Suhaiza ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Izwan bersama Nur Zulaikha maut, manakala Muhammad Izz Danial parah dan Siti Suhaiza cedera ringan dalam kemalangan di litar terbuka Jalan Kompleks SUKPA, Kuantan.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Izwan bersama Nur Zulaikha maut, manakala Muhammad Izz Danial parah dan Siti Suhaiza cedera ringan dalam kemalangan di litar terbuka Jalan Kompleks SUKPA, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia