Berita Harian

Pemuda BN perlu tingkat usaha tangani parti baharu

Khairy mahu semua sayap pastikan rakyat, generasi muda terus sokong kerajaan

- Oleh Willie Jude Junaidi bhnews@bh.com.my

Pemuda Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan beberapa parti baharu, khususnya yang diasaskan oleh

bekas pemimpin UMNO.

Pengerusin­ya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebaliknya meminta semua sayap Pemuda dalam BN supaya melipatgan­dakan usaha bagi memastikan rakyat, khususnya generasi muda terus menyokong kerajaan dan tidak berpaling kepada parti baharu berkenaan.

Perlu ambil serius

“Kita ada tugas besar, apa sahaja parti yang ditubuhkan untuk menentang BN perlu diambil serius.

“Malahan, kita perlu melipatgan­dakan usaha supaya sokongan yang ada sebelum ini tidak lari, selain menarik mereka yang belum menyokong BN untuk bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Hari Sukan Negara Peringkat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kesejahter­aan Dalam Bandar (JKDB) Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang dalam proses mengambil alih sebuah parti tempatan di Sabah untuk bertanding menentang BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Burukkan kerajaan

Menteri Belia dan Sukan itu, berkata Pemuda UMNO dan BN juga perlu berhati-hati dengan pelbagai kenyataan dibangkit pemimpin parti baharu terbabit yang hanya bertujuan memburukka­n kerajaan.

“Sudah pasti parti baharu ini akan buat macam-macam kenyataan dengan membangkit­kan isu sensasi dan emosi yang boleh menarik minat anak muda. Saya harap anak muda di Sabah melihat kestabilan politik yang dibawa oleh BN, terutama apabila UMNO berada di Sabah.

“Kita tidak mahu politik di Sabah kembali kepada zaman ketidakten­tuan seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Kita perlu melipatgan­dakan usaha supaya sokongan yang ada sebelum ini tidak lari, selain menarik mereka yang belum menyokong BN untuk bersama kita” Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, 9 September lalu.
Keratan akhbar BH, 9 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia