Berita Harian

Teleskop terbesar dunia mula operasi di China

-

Teleskop Apertur Sfera Lima Ratus Meter atau FAST yang diumum terbesar di dunia memulakan operasi hari pertama di Pingtang, di wilayah Guizhou, barat daya China, semalam. Projek Sains Mega bernilai 1.2 bilion yuan (RM741 juta) itu didakwa Beijing bakal membantu manusia mengkaji rahsia kehidupan makhluk asing.

Beijing: Usaha manusia untuk berkomunik­asi dengan makhluk asing mungkin akan terlaksana apabila teleskop radio terbesar di dunia mula beroperasi di tenggara China.

Teleskop bersaiz mega yang bakal meneroka ruang angkasa dan mencari tanda-tanda kewujudan hidupan pintar lain mula berfungsi sekitar tengah hari, lapor agensi berita rasmi Xinhua, semalam.

Projek Sains Mega bernilai 1.2 bilion yuan (RM741 juta) itu dikenali sebagai Teleskop Apertur Sfera Lima Ratus Meter atau FAST.

Dibina di lembah yang dikeliling­i bukitbukau semula jadi di wilayah Guizhou dekat pedalaman barat daya pergununga­n China, teleskop radio FAST adalah sama dengan saiz 30 padang bola sepak dan dibina daripada 4000 panel logam individu dengan kos sekitar AS$180 juta (RM741 juta).

Ia turut menyaksika­n lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar struktur pembinaan berkenaan terpaksa dipindahka­n ke kawasan lain.

Ambil masa 14 tahun

Kajian bagi memungkink­an pembinaan teleskop gergasi ini mengambil masa 14 tahun dan lebih lima tahun untuk disiapkan.

Sebelum teleskop FAST yang memiliki garis pusat 350 meter berjaya disiapkan pada Julai lalu, Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico dengan garis pusat 200 meter adalah teleskop apertur tunggal terbesar dunia sehingga 1960an.

Penyelidik di Balai Cerap Astronomi Negara (NAO) di Akademi Sains China berkata FAST begitu sensitif mengesan isyarat di ruang angkasa dan menawarkan potensi jauh lebih baik untuk saintis mengesan tanda-tanda kehidupan di planet atau galaksi lain.

FAST dijangka meletakkan China sebagai peneraju global dalam penyelidik­an teleskop radio ruang angkasa sepanjang 10 hingga 20 tahun akan datang.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Kerja pembinaan FAST di Pingtang seperti digambarka­n pada 25 Julai 2015.
[ FOTO AGENSI ] Kerja pembinaan FAST di Pingtang seperti digambarka­n pada 25 Julai 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia