Berita Harian

Ramai tampil bantu

-

“Saya pernah mencuba

hitch-hiking ini tetapi dari Jerantut ke Kuala Lumpur saja. Tapi bila nak bergerak ke seluruh Semenanjun­g agak susah.

“Sebelum memulakan misi ini, saya ‘post’ di beberapa laman Facebook kumpulan di Pahang.

“Bila saya post dalam kumpulan sebegini, ramai yang komen dan sokong, selain tidak kurang juga yang ingin berjumpa dan sedia membantu. Sejak itu, sikit demi sedikit cerita kembara raya mula menjadi viral.

“Mungkin ini rezeki saya, kerana niat awal tidak mahu dikenali tetapi bila ramai yang tahu, ramai membantu dari segi kewangan, pengangkut­an dan tempat tidur,” katanya.

Tidak pernah meminta-minta

Zaki berkata, wang RM13 yang dibawanya itu tidak disentuh sedikit pun kerana ramai yang menyumbang kepada misinya itu.

Walaupun beliau tidak pernah meminta, tetapi semua sumbangan itu diberikan kepadanya secara ikhlas.

Katanya, ramai kagum dengan kesungguha­n ditunjukka­n olehnya kerana berani mengambil risiko menumpang individu yang tidak dikenali.

“Tapi walaupun ramai yang membantu, saya gunakan balik untuk kebajikan seperti sedekah kepada tabung masjid atau golongan yang lebih memerlukan.

“Syukur kerana ramai rakyat kita yang mempunyai hati budi yang tidak terkira mulianya.

“Percaya atau tidak walaupun ramai yang menyumbang, tetapi saya menggunaka­n tidak lebih daripada RM50 saja wang sepanjang tempoh pengembara­an ini. Ramai yang kenal sehinggaka­n makan minum boleh dikatakan sentiasa dibayar oleh orang lain,” katanya.

Menjelajah Sabah

Pengusaha kedai percetakan baju itu berkata, misi itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terutama penghidap kanser supaya tidak berputus asa dalam perjuangan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, misi menjelajah ke seluruh Semenanjun­g adalah impiannya sebagai ‘pejuang’ bagi meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Saya mahu mereka yang disahkan menghidap kanser supaya tidak lemah semangat dan terus berjuang.

“Ini kerana, saya lihat ramai pesakit terutama orang muda berputus asa sebaik dimaklumka­n menghidap penyakit berkenaan,” katanya.

Zaki sering memuat naik perjalanan­nya di akaun Facebook (FB)

Zaki Bijak bagi memaklumka­n perkembang­annya dan kini dia berada di Sabah untuk memulakan

hitch-hiking mengelilin­gi Borneo pula.

 ??  ??
 ??  ?? Ramai yang sudi membantu memudahkan kembara Zaki menjelajah Semenanjun­g.
Ramai yang sudi membantu memudahkan kembara Zaki menjelajah Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia