Berita Harian

Kahwin muda elak maksiat

Pasangan perlu bijak tunai tanggungja­wab bagi wujudkan rumah tangga harmoni

-

Berkahwin usia muda pada zaman pascamoden sudah tidak asing lagi.

Ada yang berkahwin selepas habis persekolah­an, ketika menuntut di universiti atau sebaik saja tamat pengajian. Ada kebaikan dan kelemahan tersendiri bagi mereka yang berkahwin pada usia muda.

Penceramah bebas, Abdul Kadir Rani, berkata tiada penghalang sesiapa saja mahu berkahwin awal, jika mereka berkemampu­an dan sanggup memikul tanggungja­wab di alam rumah tangga.

Katanya, perkahwina­n pada usia muda juga mampu memberikan satu kehidupan baharu kerana mereka yang berkahwin muda lebih bermotivas­i dan bersemanga­t untuk mengatur hidup.

“Bagaimanap­un, mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan perkahwina­n pada usia muda kerana beranggapa­n masih terlalu awal untuk mereka memikul tanggungja­wab bersama,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Abdul Kadir berkata, mengenai kebaikan berkahwin muda dapat mengelak seks bebas dalam kalangan remaja.

“Kebiasaann­ya nafsu anak muda mudah terangsang dan apabila berlaku pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul.

“Jika mereka sudah tertarik antara satu sama lain, seelok-eloknya dilangsung­kan perkahwina­n supaya tidak berlaku perkara negatif seperti anak luar nikah, pembuangan bayi dan kahwin lari,” katanya.

Perlu beri komitmen

Abdul Kadir berkata, perkahwina­n boleh mengubah kendiri apabila anak muda menjadi lebih bertanggun­gjawab berkongsi hidup dengan pasangan anda.

Katanya, pasangan muda perlu mengambil berat mengenai keluarga dan memainkan peranan sebagai anak, pelajar, pekerja, isteri atau suami.

“Kehidupan berumah tangga memerlukan pelbagai komitmen tugasan perlu disiapkan mengikut tempoh masanya.

“Malah sebagai suami mereka terpaksa mencari rezeki untuk menyara keluarga dan isteri harus menjalanka­n kewajipan menjaga suami,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tanggungja­wab dan komitmen diterima secara positif ia akan mendatangk­an kebaikan pada remaja yang berkahwin.

Lumrah bagi sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah menjadi seorang yang lebih positif.

“Pasti tabiat lama berunsurka­n negatif seperti gemar menghabisk­an masa melepak, lama-kelamaan pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.

Kelemahan boleh diatasi

“Bagi yang yang beragama Islam, mereka boleh amalkan solat jemaah bersama apabila ada kelapangan, secara langsung akan menyuntik suasana tenang dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata, perkahwina­n pada usia muda tidak dinafikan ada kontranya sekiranya pasangan tidak bersedia sepenuhnya.

Justeru, dari segi negatifnya mungkin cepat bosan dan pelbagai cabaran dihadapi.

Jika tidak dikemudi dengan betul, masalah berbangkit akan mengheret pasangan kepada kehancuran perkahwina­n. Mereka yang tidak matang akan berlaku kegoyahan rumah tangga.

“Mudah naik angin, darah panas, ego, pantang dicabar dan lain-lain antara masalah emosi sering dikaitkan dengan anak muda.

“Pasangan muda sebenarnya belum bersedia lantaran kekurangan dari segala aspek termasukla­h kewangan, komitmen, lemahnya fikiran dan mental, emosi yang tidak stabil menambahka­n lagi tekanan dalam perkahwina­n.

“Segala kelemahan ini dapat diatasi dengan kerjasama, saling memahami dan tolong-menolong daripada pasangan itu sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia