Berita Harian

SPRM cari 37 kontraktor bantu siasatan

Senarai nama ada kaitan projek bina infrastruk­tur utiliti di Sabah

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Sejumlah 37 kontraktor yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan infrastruk­tur utiliti di Sabah sedang dicari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di negeri itu.

Difahamkan kontraktor itu disenarai oleh SPRM untuk memperoleh maklumat selepas penguat kuasa membongkar penyalahgu­naan kuasa dua pegawai kanan kerajaan sejak enam tahun lalu.

Sumber berkata, pihak SPRM hanya menyenarai­kan kontraktor itu untuk membantu menyalurka­n maklumat dan kebanyakan­nya sudah dihubungi.

Kata sumber, hanya sebahagian kecil yang datang kepada SPRM sejurus pembongkar­an mengenai penyalahgu­naan kuasa oleh suspek didedahkan.

“Kontraktor ini adalah mereka yang menjalanka­n projek pembinaan yang diuruskan syarikat kerajaan itu sejak 2010 lagi.

“Setakat ini, kontraktor yang disenarai ini bukan mereka yang disiasat SPRM sebaliknya mereka yang mampu memberi maklumat berhubung pembabitan haram suspek yang sudah ditahan

Beri keterangan

“Mereka ini sudah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi masih ramai yang belum berbuat demikian termasuk yang memberi alasan masih bercuti,” katanya.

Setakat Isnin, SPRM merakam percakapan seramai 40 orang saksi berhubung siasatan Ops Water' dan mereka adalah ahli keluarga timbalan pengarah, pekerja daripada beberapa syarikat yang dipercayai terbabit secara langsung dalam projek pembinaan infrastruk­tur asas bernilai lebih RM3.3 billion.

Sebelum ini, kes rasuah membabitka­n pegawai kerajaan itu mengejutka­n negara kerana penahanan suspek membawa kepada penemuan wang tunai serta pelbagai aset lain berjumlah lebih RM180 juta.

Antara aset berkenaan termasuk banglo serta pangsapuri mewah di dalam serta luar negara, kenderaan mewah, beg tangan pelbagai jenama mewah selain 127 geran tanah dimiliki timbalan pengarah berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n sudah memanggil beberapa kontraktor namun beliau enggan mengulas lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia