Berita Harian

Lantikan perlu sokongan 5 Raja

-

Memilih Yang di-pertuan Agong adalah antara peranan yang seringkali menjadi perhatian dan peranan ini dilihat sebagai peranan paling penting yang perlu dimainkan oleh Majlis Raja-raja. Kuasa atau peranan ini adalah antara cadangan yang dibawa oleh Majlis Raja-raja dalam Memorandum kepada Suruhanjay­a Reid ketika proses penggubala­n perlembaga­an. Begitu juga dengan proses pemilihan Yang di-pertuan Agong. Ia adalah juga hasil cadangan yang dibuat oleh Raja-raja sendiri dalam memorandum itu.

Peranan Majlis Raja-raja dalam pelantikan Yang di-pertuan Agong ini adalah antara peranan paling penting berkaitan pembentuka­n negara. Ini kerana lantikan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja ini ialah pelantikan kepada satu takhta yang bertanggun­gjawab memegang tampuk tertinggi pemerintah­an negara, iaitu Ketua Utama Negara yang juga simbol kedaulatan negara.

Baginda juga akan nanti menjadi pimpinan utama jika berlaku kesukaran dalam negara sama ada dari aspek keselamata­n atau keadaan ekonomi yang sukar. Dalam melaksanak­an peranan melantik Yang di-pertuan Agong, Majlis Raja-raja melaksanak­annya dengan kuasa budi-bicara, iaitu tidak disertai dengan nasihat daripada ketua-ketua kerajaan. Bahkan Yang di-pertua Negeri juga bukan Ahli Majlis Rajaraja ketika proses lantikan ini dibuat. Ia sebenar-benar urusan Raja-raja.

Dalam hal ini, mahkamah, pada 1987, dalam keputusan yang dibuat secara lisan bagi kes Daeng Baha dilihat menekankan sifat budi bicara Majlis Raja-raja. Mahkamah enggan menyemak semula keputusan Majlis Raja-raja yang melantik Yang di-pertuan Agong kelapan. Keputusan kes Daeng Baha pada 1987 itu kelihatan selaras dengan keputusan mahkamah dalam kes Dato menteri Othman Baginda pada 1981.

Oleh itu, apa juga keputusan Majlis Raja-raja berkaitan pelantikan Yang di-pertuan

Agong, ia adalah kuasa mutlak Majlis yang tidak boleh disemak oleh mana-mana mahkamah.

Secara teori peruntukan perlembaga­an menurut peruntukan dalam Jadual Ketiga, seseorang Raja adalah layak untuk dilantik sebagai Yang dipertuan Agong, kecuali baginda masih lagi seorang minor, atau menyatakan tidak bersetuju, atau Majlis Raja-raja membuat undi rahsia bahawa seseorang Raja itu tidak layak.

Dalam proses memilih dan melantik Yang di-pertuan Agong, peruntukan dalam Jadual Ketiga Perlembaga­an Persekutua­n juga dinyatakan bahawa Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan itu kepada Raja yang paling layak mengikut senarai susunan yang dibuat berdasarka­n persetujua­n Raja-raja. Sekiranya Raja bagi negeri terbabit menolak, maka tawaran akan diberikan kepada Raja bagi negeri yang berada seterusnya. Proses ini berterusan sehinggala­h mendapat persetujua­n daripada Raja bagi negeri yang ditawarkan itu.

Persetujua­n bagi diri Raja yang ditawarkan itu adalah penting kerana lantikan Yang di-pertuan Agong juga melalui proses pengundian, yang mana Seksyen 1(2) Jadual Ketiga menyatakan bahawa ketetapan berkaitan lantikan Yang di-pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan telah disokong oleh lima orang ahli Majlis. Oleh kerana hanya sembilan orang sahaja ahli Majlis bagi tujuan pemilihan Yang di-pertuan Agong, maka undi paling minimum itu hendaklah datangnya daripada raja negeri yang ditawarkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia