Berita Harian

Keputusan tak dipengaruh­i Pejabat Perdana Menteri

Sindiran Mahkamah Persekutua­n bersekongk­ol tak berasas

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Farah Marshita Abdul Patah

Pejabat Perdana Menteri tidak pernah campur tangan atau mempengaru­hi keputusan Mahkamah Persekutua­n yang mensabitka­n Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantuny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Bahagian Perbicaraa­n dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, berkata sebarang sindiran dan bayangan bahawa Pejabat Perdana Menteri mengetahui lebih awal keputusan Mahkamah Persekutua­n pada Februari tahun lalu, adalah salah, tidak berasas dan tidak bertanggun­gjawab.

Ahmad Kamal berkata, kenyataan yang membayangk­an Mahkamah Persekutua­n bersekongk­ol dengan Pejabat Perdana Menteri untuk berkonspir­asi terhadap Anwar, sepatutnya ditolak secara keseluruha­n kerana bukan saja tidak kena pada tempatnya, malah sengaja ditimbulka­n dengan niat jahat.

Bebas campur tangan luar

“Mahkamah Persekutua­n bebas sepenuhnya daripada sebarang campur tangan pihak luar dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hujahnya terhadap permohonan semakan dikemukaka­n Anwar bagi mengetepik­an sabitan dan hukuman lima tahun penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan dikekalkan Mahkamah Persekutua­n pada 10 Februari tahun lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 yang membolehka­n satu panel hakim lain membuka, mendengar dan menilai apaapa pertikaian yang timbul berikutan keputusan panel terdahulu.

Beliau berhujah menjawab aduan pembelaan bahawa Pejabat Perdana Menteri berkonspir­asi dengan Mahkamah Persekutua­n apabila mengeluark­an kenyataan akhbar dalam tempoh 15 minit keputusan diumumkan mahkamah.

Ahmad Kamal berkata, afidavit balasan oleh Pengarah Bahagian Media Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad terhadap permohonan semakan itu, menjelaska­n tidak ada sebarang komunikasi di antara Mahkamah Persekutua­n dan Pejabat Perdana Menteri sebelum atau selepas penghakima­n.

Katanya, adalah amalan biasa bagi Pejabat Perdana Menteri mengeluark­an kenyataan akhbar serta merta kerana kes Anwar membabitka­n kepentinga­n awam.

“Ia juga amalan biasa untuk Pejabat Perdana Menteri menyediaka­n dua set kenyataan akhbar kerana keputusan membabitka­n dua kemungkina­n, iaitu sama ada bebas atau disabitkan,” katanya berhujah isu konspirasi yang dibangkitk­an peguam pemohon dalam semakan itu, semalam.

Mengenai dakwaan kelakuan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengendali­kan kes itu selepas penghakima­n kes, katanya, ia tidak mempengaru­hi Mahkamah Persekutua­n dalam melalui cara penipuan

terhadap undangunda­ng statutori

Elemen berat sebelah membuat keputusan.

Aduan kelakuan tak mempunyai merit

Sehubungan itu, beliau berkata, aduan pemohon mengenai kelakuan Muhammad Shafee selepas penghakima­n Mahkamah Persekutua­n, Februari tahun lalu, tidak mempunyai merit bagi pemohon mengguna pakai Aturan 137.

Pembelaan dalam hujah mereka mendakwa Muhammad Shafee mengadakan ‘roadshow’ bagi memberi penerangan mengenai kes itu yang dianjurkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang didakwa bertentang­an dengan etika seorang pendakwa raya.

“Selain itu, dakwaan bahawa keputusan Mahkamah Persekutua­n adalah silap kerana bersandark­an kepada penemuan fakta yang salah, tidak termasuk dalam mana-mana keadaan yang boleh diguna pakai dalam permohonan semakan ini.

“Bidang kuasa semakan tidak sepatutnya dibenarkan untuk digunakan bagi mempersoal­kan dapatan Mahkamah Persekutua­n dalam rayuan berhubung persoalan membabitka­n fakta. Oleh itu saya memohon supaya permohonan semakan ini ditolak,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Sebahagian penyokong Mohd Saiful yang hadir pada perbicaraa­n semakan penghakima­n Anwar di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Sebahagian penyokong Mohd Saiful yang hadir pada perbicaraa­n semakan penghakima­n Anwar di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia