Berita Harian

Tetap tarikh lain, tak mahu terburu-buru

Mahkamah perlu teliti hujahan dua belah pihak sebelum buat keputusan

-

Mahkamah Persekutua­n semalam memutuskan akan menetapkan satu tarikh yang akan ditentukan kemudian untuk keputusan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepik­an sabitan dan hukuman kes liwat dihadapiny­a.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, berkata mahkamah tidak mahu terburu-buru untuk membuat keputusan permohonan semakan itu.

Beliau yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n, berkata mahkamah perlu meneliti hujahan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan.

Zulkefli berkata demikian selepas mendengar hujahan peguam bela, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua Bahagian Perbicaraa­n dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang mewakili pendakwaan.

Zulkefli bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutua­n - Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Anwar memohon semakan untuk mengenepik­an sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadapny­a atas kesalahan meliwat bekas pembantuny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perintah penjara 5 tahun

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 mensabitka­n Anwar dan memerintah­kan menjalani hukuman penjara lima tahun.

Anwar membuat semakan itu mengikut aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995.

Terdahulu, Mahkamah Persekutua­n menolak bantahan awal Anwar supaya panel hakim yang mendengar prosiding semakan itu untuk menarik diri dan digantikan dengan panel lain.

Panel lima hakim sebulat suara membuat keputusan itu, selepas mendapati tiada merit bagi mereka menarik diri daripada mendengar permohonan semakan berkenaan.

Anwar memohon panel itu menarik diri kerana hakim sama pernah menolak permohonan­nya untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof, dalam rayuannya.

Bekas Ketua Pembangkan­g itu memohon keterangan Ramli dimasukkan dalam rayuannya jika mahkamah membenarka­n semakan beliau dan secara alternatif mengarahka­n rayuan didengar semula berdasarka­n merit.

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Sebahagian penyokong Anwar hadir pada perbicaraa­n semakan penghakima­n di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Sebahagian penyokong Anwar hadir pada perbicaraa­n semakan penghakima­n di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia