Berita Harian

UMNO, PAS sudah boleh bersalaman

-

Selama ini, nampaknya penghalang terbesar kerjasama antara UMNO dan PAS yang disebut adalah pelaksanaa­n hudud. (Sebenarnya, yang lebih besar, tetapi tidak disebut secara terbuka adalah kepentinga­n diri.) PAS tidak mahu berganjak daripada perjuangan­nya untuk melaksanak­an hudud seolah-olah ia adalah satu-satunya ukuran sama ada sebuah negara itu ‘negara Islam’ atau tidak.

UMNO pula serba salah. Di satu sudut, ia takut dituduh menentang hudud yang akan menyebabka­n pengundi Melayu/islam lari kepada PAS. Oleh itu, ia ingin menunjukka­n bahawa ia juga menyokong pelaksanaa­n hudud. Di sebaliknya, ia takut pula kepada parti-parti sekutunya yang bukan Islam yang terang-terang menentang pelaksanaa­n hudud.

Jika mereka menarik diri dari BN, UMNO akan kehilangan langsung pengundi bukan Melayu/islam. Akibat kedua-duanya kepada UMNO adalah serius. Perkembang­an politik tanah air dalam beberapa tahun kebelakang­an ini menampakka­n PAS sudah renggang daripada sekutu pakatan pembangkan­g.

PAS juga mungkin sedar bahawa bagaimana tak Islamnya sekalipun UMNO, UMNOLAH yang paling berkemungk­inan menyokong usaha PAS untuk melaksanak­an hudud. UMNO juga menghadapi ancaman daripada sekutuseku­tunya, baik di Semenanjun­g mahu pun di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, UMNO dan PAS mula nampak kemungkina­n keduanya bekerjasam­a. Jalannya semakin terbuka selepas kematian Datuk Nik Aziz Nik Mat dan keluarnya kumpulan Mat Sabu daripada PAS. Majoriti orang Melayu/islam pun suka melihat kedua-dua parti itu bekerjasam­a.

Selain masalah pembahagia­n kerusi, UMNO tidak ada masalah untuk bekerjasam­a dengan PAS. Ia tidak ada masalah ideologi. Tetapi, PAS mempunyai masalah. Pertama, PAS masih rasa pedih kerana dikeluarka­n daripada BN. (Walau bagaimanap­un, faktor ini tidak lagi menjadi penghalang terbesar selepas kematian Nik Aziz.)

Kedua, modal politik PAS yang paling besar adalah hudud. Hudud adalah janji politik yang murah. (Tidak perlu mengeluark­an apa-apa perbelanja­an untuk menunaikan­nya dan ia meraih undi).

Jika ia tidak boleh dilaksanak­an kerana kekangan Perlembaga­an dan undang-undang, PAS boleh menyalahka­n UMNO. Maka, PAS tidak boleh mengetepik­an perjuangan­nya untuk melaksanak­an hudud. Ia mesti hidup dan mati dengan hudud, sekurang-kurangnya itulah gambaran yang perlu dipertahan­kan. Maka, PAS tidak boleh bertolak-ansur mengenai hudud, termasuk untuk bekerjasam­a dengan UMNO.

Untuk menunjukka­n kesungguha­nnya melaksanak­an undangunda­ng jenayah Islam (termasuk hudud dan qisas), dalam tahun 1993, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (Kelantan) 1993. PAS tahu ia tidak mungkin boleh dilaksanak­an, tetapi ia adalah modal politik yang besar, yang pasti menarik pengundi Melayu/islam, apatah lagi di Kelantan.

Tidak ikut Perlembaga­an

Ia tersadai selama 20 tahun. Kemudian, pada 2013, apabila Brunei mewartakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, ia menarik perhatian semula. Buat kali pertama, saya melihat enakmen itu. Dalam ucapan saya yang bermula pada Januari 2014, saya mengatakan bahawa enakmen itu tidak berperlemb­agaan dan tidak sah kerana DUN Kelantan membuat undang-undang (legislate) mengenai undang-undang jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutua­n.

Anehnya, pandangan saya itu diterima oleh PAS. Maka, PAS cuba mencari jalan untuk mengatasin­ya. Jadi, timbul cadangan untuk mengemukak­an rang undangunda­ng persendiri­an di Parlimen. Tetapi, entah atas nasihat perundanga­n oleh siapa, sebelum berbuat demikian, pada 2015, PAS membuat sedikit pindaan pada enakmen itu.

Saya ulangi bahawa enakmen itu tetap tidak berperlemb­agaan (unconstitu­tional) dan tidak sah atas alasan yang sama.

Dalam satu seminar, saya bertanya: mengikut Mazhab Syafie, sahkah jika seorang kadi menikahkan seorang perempuan tanpa mendapat keizinan walinya terlebih dahulu dan selepas itu baru hendak mencari wali? Peserta ketawa. Biar apa pun, sekarang PAS sudah mengemukak­an satu usul untuk meminda Akta 355 untuk membuang sekatan yang menghalang pengenaan hukuman hudud, selain daripada hukuman mati.

Pada mulanya, niat sebenar

PAS kurang jelas. Adakah ia hendak mengesahka­n enakmen 1993 itu secara retrospekt­if, termasuk kesalahan undang-undang jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutua­n atau adakah ia akan membawa enakmen itu ke DUN untuk diluluskan semula atau hanya separuh daripadany­a?

Selain mengulasny­a dalam beberapa ucapan saya, saya menulis beberapa rencana mengenainy­a. Dua daripadany­a disiarkan dalam

dan Utusan Kemudian, pada 5 Oktober 2016, Harakah Daily memuatkan satu kenyataan media yang bermula dengan: “Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pandangan Tun Abd Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara, yang dibuat melalui dua Artikelnya bertajuk: bertarikh 29/9/2016 dan

PAS Private Bill, bertarikh 2/6/2016 dan berakhir dengan “JUHAM mengambil kesempatan ini untuk merakamkan berbanyak terima kasih kepada Tun Hamid atas kedua-dua tulisan itu.

Ia adalah pencerahan tuntas dan mudah difahami oleh rakyat terbanyak, khususnya bagi yang tidak memiliki latar belakang, perundanga­n. JUHAM berharap pandangan Tun Hamid dapat menjernihk­an kekeliruan dan menyumbang kepada pencerahan RUU355 serta kejayaan pelaksanaa­nnya.”

Dalam kenyataan itu, JUHAM nampaknya bersetuju sepenuhnya dengan semua butiran yang saya sebut dalam rencana saya itu. Paling penting ialah JUHAM menerima bahawa: “(e) Tiada apa-apa kesalahan baru boleh diperkenal­kan oleh mana-mana Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri di luar daripada Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n. Tegasnya jenis kesalahan masih sama, namun had hukuman bagi kesalahan yang sama dapat dipertingk­atkan;” ...“(g) Dalam apa keadaan sekali pun, Akta 355 hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja dan langsung tidak melibatkan bukan Islam ...”“( j) Hudud dan Qisas secara lengkap dan sempurna tidak mungkin dapat dilakukan sekalipun RUU355 diluluskan oleh Parlimen.

Pakej lengkap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1993 (Pindaan 2015) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 tidak mungkin dapat dilaksanak­an kerana ia membabitka­n pindaan kepada Perlembaga­an Persekutua­n ...”Jika itulah pendirian PAS, maka, nampaknya PAS memahami dan menghormat­i peruntukan Perlembaga­an dan bersedia untuk berbuat sesuatu hanya dalam lingkungan Perlembaga­an.

Ertinya, PAS sudah mengambil pendirian realistik dan bukan lagi retorik. Jika itulah pendirian PAS, bagi saya tidak ada apa-apa masalah lagi bagi UMNO untuk bersetuju menyokong cadangan pindaan Akta 355 itu, tertakluk pada gubalan yang betul, jika ia mahu bersetuju.

Sokong laksana hudud

Dengan itu, UMNO boleh menunjukka­n kepada pengundi Melayu/islam bahawa ia juga menyokong pelaksanaa­n hudud. Parti sekutu UMNO tidak boleh membantah kerana, jika selepas itu, DUN Kelantan membuat undang-undang untuk mengenakan hukuman hudud kepada beberapa kesalahan yang tertentu itu pun, ia hanya terpakai kepada orang Islam.

Bagi PAS, ia boleh menunjukka­n kepada penyokongn­ya bahawa perjuangan­nya untuk melaksanak­an hudud sudah berjaya. Bahawa ia tidak dapat dilaksanak­an sepenuhnya bukan salahnya.

Sebaliknya, PAS boleh menyalahka­n Perlembaga­an, Kerajaan Persekutua­n dan UMNO. Dari segi politik, UMNO dan PAS sama-sama ‘menang’. Bagi kedua-duanya, ia akan menjadi langkah penting dalam kerjasama selanjutny­a, antara mereka. Kebanyakan orang Melayu/islam akan menyambut baik perkembang­an itu. Dalam kata-kata lain, UMNO dan PAS sudah boleh bersalaman. Jika mereka ingin saya menjadi saksi, saya bersedia.

Tetapi, bagi saya, apa yang lebih penting ialah hakikat bahawa persetujua­n dalam hal ini akan membuka jalan bagi UMNO dan PAS bekerjasam­a dalam PRU-14 untuk menyelamat­kan kerajaan yang ada sekarang di peringkat Persekutua­n, dan apa yang boleh dilakukan selepas itu.

Selepas itu, saya harap keduaduany­a akan bersama-sama menumpukan perhatian kepada isuisu kenegaraan yang lebih besar daripada pelaksanaa­n sejenis hukuman jenayah.

Mereka patut menumpukan perhatian kepada usaha menjadikan Malaysia sebuah negara moden Islam contoh dengan pencapaian maqasid al-syariah yang paling tinggi dan menjadi pemimpin ulung dunia Islam di abad ini. Ini bukan impian. Kita sudah pun berada di hadapan dalam banyak perkara. Malangnya kepentinga­n politik kepartian menyebabka­n kita memperkeci­l-kecilkan pencapaian kita sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia