Berita Harian

Masalah saliran tahap kritikal

Banyak kawasan di Pulau Pinang bakal hadapi banjir kilat

- Oleh Siti Sofia Md Nasir dan Muhammad Yusri Muzamir

Georgetown

Pyang turut bergantung kepada pasang surut air laut, menyebabka­n masalah banjir kilat bertambah buruk, terutama ketika hujan lebat.

Tiada pilihan

“Kapasiti semua sungai di Pulau Pinang adalah bergantung sepenuhnya pada air laut. Jika air pasang besar, sudah tentu banjir akan berlaku. Buktinya, lihat saja ketika tsunami melanda Pulau Pinang pada tahun 2004.

“Justeru, kerajaan negeri tiada pilihan melainkan menyelesai­kan masalah ini secara menyeluruh. Secara asasnya, masalah banjir kilat ini berpunca daripada sistem saliran yang tidak sistematik,” katanya kepada BH.

Mengulas mengapa masalah banjir kilat kerap berulang, katanya, ia disebabkan pembanguna­n dilaksanak­an di Pulau Pinang menggunaka­n kaedah lama iaitu sebelum era Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) diaktifkan kerajaan.

“Selepas MSMA dilancarka­n pada tahun 2001, ia mengambil masa untuk diterima pihak terbabit dalam projek pembinaan tetapi sejak kebelakang­an ini, ia mula dipatuhi apabila keadaan banjir kilat dan pencemaran sungai menjadi semakin teruk,” katanya.

Bina kolam takungan

Sehubungan itu, katanya, antara kaedah sesuai dilaksanak­an bagi menangani masalah banjir kilat adalah dengan membina kolam takungan bagi mengumpul air permukaan dari longkang sebelum dialirkan terus ke sungai.

Katanya, disebabkan Pulau Pinang sudah tidak mempunyai kawasan lapang bagi membina kawasan tadahan air, ia tetap boleh dilaksanak­an menerusi sistem takungan menggunaka­n tangki.

“Jika setiap rumah atau bangunan mempunyai tangki takungan ini dan boleh menakung sekurangku­rangnya satu meter padu air ketika hujan lebat, saya percaya Pulau Pinang tidak akan berhadapan masalah banjir kilat lagi.

“Air yang ditakung itu akan dilepaskan ke sungai selepas hujan reda atau boleh juga digunakan untuk mencuci kereta, sekali gus menjimatka­n penggunaan air,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Sistem pemparitan yang sempit antara punca banjir kilat ketika tinjauan di Jalan Mayang Pasir 2, Bayan Lepas.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Sistem pemparitan yang sempit antara punca banjir kilat ketika tinjauan di Jalan Mayang Pasir 2, Bayan Lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia