Berita Harian

‘Tak sanggup hadapi banjir’

-

punca banjir. Georgetown: “Saya tidak tahu berapa lama lagi perlu menghadapi banjir kilat ini. Tahun ini saja, sudah tiga kali rumah saya dinaiki air,” kata Azizah Abidin, 64, penduduk Kampung Sungai Tiram dekat Bayan Lepas, di sini.

Azizah berkata, masalah banjir kilat berlaku sejak tahun 2000, namun menjadi semakin serius sejak tahun 2008.

Beliau yang tinggal di kampung berkenaan sejak tahun 1970 buntu apabila memikirkan kerugian yang perlu dihadapiny­a setiap kali berlaku banjir kilat.

“Saya tidak tahu sudah berapa ribu wang yang dikeluarka­n untuk mengganti perabot dan perkakas rumah yang rosak akibat banjir. Keluarga saya bukan orang senang, jadi masalah ini menyebabka­n kami sering susah hati,” katanya.

Kampung Sungai Tiram di Bayan Lepas adalah antara kawasan yang kerap dilanda banjir berikutan kawasan itu dikeliling­i beberapa projek pembinaan dan diburukkan lagi dengan sistem saliran yang tidak efektif.

Sementara itu, Pengurus Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang, Hisham Che Aman, berkata pihak hotel sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia setiap kali hujan lebat melanda negeri ini.

Ambil iktibar

Katanya, pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian banjir yang hampir menenggela­mkan hotel berkenaan pada awal September lalu.

“Ketika kejadian, kami berjaya memaklumka­n perkara itu awal kepada semua tetamu hotel, sekali gus mereka dapat mengalihka­n kenderaan di ruang parkir daripada ditenggela­mi air.

“Mujur air tidak masuk sehingga ke bilik atau pun kawasan lobi. Banjir hanya memenuhi ruang parkir hotel sahaja,” katanya ketika ditemui BH.

Hisham berkata, kedudukan Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang yang dikeliling­i pembanguna­n baharu menyebabka­n kawasan hotel menjadi semakin rendah.

“Kami sudah beberapa kali buat aduan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan saya dimaklumka­n kerja-kerja membetulka­n saliran sedang dibuat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Takungan air oleh kerja-kerja pembanguna­n juga menjadi sebahagian
Takungan air oleh kerja-kerja pembanguna­n juga menjadi sebahagian
 ??  ??
 ??  ?? Keadaan banjir selepas hujan lebat di Jalan P Ramlee.
Keadaan banjir selepas hujan lebat di Jalan P Ramlee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia