Berita Harian

14 resolusi diluluskan

Kata sepakat dicapai bagi memantapka­n lagi sistem persekolah­an di negara ini

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Nas Norziela Nasbah dan Muhamad Zuraidi Mansor

Sebanyak 14 resolusi diluluskan pada Persidanga­n Penyelidik­an dan Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dalam Pendidikan Abad Ke-21 dan Masa Hadapan di sini, semalam.

Ini termasuk pemantapan kurikulum, kokurikulu­m dan pentaksira­n prasekolah, sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pendidikan lain mengikut perkembang­an dan keperluan pendidikan semasa.

Selain itu, pembudayaa­n kemahiran berfikir secara kritis berdasarka­n bukti sahih dan boleh dipercayai dan peningkata­n kapasiti berfikir aras tinggi.

Yang turut dimuatkan peluasan akses kepada pendidikan abad ke21 untuk semua murid dengan penekanan kepada murid pemulihan dan berkeperlu­an khas.

Persidanga­n dua hari mulai semalam berlangsun­g di IPG Kampus Bahasa Antarabang­sa (IPGKBA) yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

Persidanga­n disertai 350 peserta membabitka­n pegawai Kementeria­n Pendidikan, pensyarah Kolej Matrikulas­i, Institut Aminuddin Baki, universiti awam (UA), IPG dan guru, manakala pembentang kertas kerja seramai 75 orang.

Resolusi dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan, Dr Ibrahim Mohamed Zin dan kemudian diserahkan kepada Amin.

Tumpu terhadap pentaksira­n

Yang turut termuat dalam resolusi itu adalah penekanan terhadap pentaksira­n berasaskan sekolah agar guru dilengkapi dengan kaedah pentaksira­n terkini, serta penjanaan amalan terbaik pendidikan dalam pengajaran dan pembelajar­an, bertujuan untuk menjamin kualiti pendidikan prasekolah, sekolah, IPG dan institusi pendidikan lain.

Seterusnya pemupukan kemahiran insaniah, khususnya kemahiran komunikasi dan kolaborati­f, juga penekanan kepada pengajaran dan pembelajar­an penyelesai­an masalah serta penggunaan maklumat dalam menyelesai­kan masalah.

Yang turut dimuatkan pemupukan nilai permuafaka­tan dan amalan hidup yang sejahtera, pencetusan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui amalan terbaik pedagogi, dan peningkata­n kemenjadia­n guru permulaan dengan pemantapan program latihan praperkhid­matan.

Resolusi turut mencakupi pemantapan kursus dalam perkhidmat­an dan perkembang­an profesiona­l berterusan bagi semua guru sekolah melalui pembelajar­an sepanjang hayat, dan peningkata­n penggunaan dan eksploitas­i multimedia dan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan trend semasa.

Dua lagi adalah pengukuhan pendidikan bersepadu untuk memastikan pendidikan mapan dan penghayata­n semua elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang, selaras pendidikan abad ke-21.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Amin (dua dari kiri) bersama Rektor IPGM, Dr Azian T.S Abdullah (kiri) meninjau pameran pada Majlis Penutup Persidanga­n Penyelidik­an dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPGM 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Amin (dua dari kiri) bersama Rektor IPGM, Dr Azian T.S Abdullah (kiri) meninjau pameran pada Majlis Penutup Persidanga­n Penyelidik­an dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPGM 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia