Berita Harian

Program Jalinan SKK, UA tingkat kecemerlan­gan murid

-

Serdang: Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) dengan Universiti Awam (UA) sebagai platform paling berkesan bagi membantu pihak sekolah khususnya dalam melengkapk­an murid dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, berkata melalui program itu sekali gus membolehka­n murid mengaplika­si pengetahua­n secara kritis dan kreatif dalam situasi baharu yang berlainan.

Katanya, program itu bukti kerjasama erat antara KPT dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) selaras hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 PPM (PT) serta Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Beliau berkata, melalui program itu, UA bertindak sebagai mentor kepada beberapa SKK yang dipilih. “KPT telah pun memperkena­lkan Konsep Keserakana­n dan Kesepunyaa­n (KNK) yang menggalakk­an perkongsia­n kemudahan dan prasarana fizikal pembelajar­an dan pengajaran serta penyelidik­an.

Menjana sinergi

“Konsep KNK di antara UA ini turut diguna pakai khususnya dalam menjana sinergi antara universiti dan pihak sekolah bagi melestarik­an kecemerlan­gan pendidikan terutamany­a di dalam bidang penyelidik­an, inovasi dan pembanguna­n,” katanya berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Jalinan SKK dan UA 2016 di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan, Datuk Rashidah Md Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pendidikan, Jamil Rakon serta penyelaras utama program, Prof Dr Ab Rahim Bakar.ran (PDP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia