Berita Harian

Penceramah BH SKOR suntik motivasi

Seminar anjuran Yayasan FELCRA beri manfaat kepada pelajar luar bandar

- Oleh Rosdi Ismail

Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan FELCRA diakui pelajar memberi keyakinan dan kesedaran kepada mereka untuk lebih bersedia meenghadap­i peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November nanti.

Guru cemerlang yang dibawa oleh bagi mengendali­kan seminar itu bukan sahaja memberi pelbagai panduan terkini menjawab soalan malah menyuntik motivasi kepada setiap pelajar mengenai kepentinga­n berjaya dalam SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Hajah Laila Taib, Azmi Hamzah Asry, berkata beliau terharu apabila penceramah terbabit sedikit pun tidak menunjukka­n rasa jemu atau bosan memberi bimbangan malah gigih menunjuk cara mudah dan tepat menjawab soalan SPM.

“Sebagai pelajar dari luar bandar dan sukar memperoleh maklumat terkini mengenai kaedah menjawab soalan yang betul, seminar ini tepat pada masa bagi kami calon SPM menimba pengetahua­n berkaitan sebanyak mungkin,” katanya yang menjadi peserta seminar itu yang diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.

Seramai 163 calon SPM dalam kalangan anak peserta dan kakitangan FELCRA dari beberapa kawasan iaitu Asajaya, Belimbing, Lundu, Rayang, Samarahan dan Seratok menyertai seminar itu.

Elak membuat silap

Majlis penutup seminar itu dilakukan oleh Pengurus Pembanguna­n Peserta FELCRA Wilayah Sarawak, Vincent John Maja. Yang turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA, Hashimuddi­n Hashim.

Pelajar SMK Padawan, Nirmalasar­i Abdul Khalid, berkata seminar itu memberi dorongan semangat untuk mencapai sasaran memperoleh markah A dalam subjek yang diambil.

 ??  ?? Sebahagian daripada pelajar SPM yang menyertai Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan FELCRA di Kuching baru-baru ini.
Sebahagian daripada pelajar SPM yang menyertai Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan FELCRA di Kuching baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia