Berita Harian

Pembiayaan perumahan perlu diberi keutamaan

Cadang Kadar Dasar Semalaman dikurangka­n lagi, tempoh pinjaman dilanjut sehingga 40 tahun

-

Portal hartanah dalam talian, Propertygu­ru, berpendapa­t akses kepada pembiayaan perumahan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2017, seiring peningkata­n penawaran rumah mampu milik.

Propertygu­ru berkata, langkah tertentu perlu diambil untuk mengembali­kan keyakinan pengguna dan merangsang semula pasaran perumahan susulan kemerosota­n pasaran hartanah Malaysia.

“Kajian sentimen pengguna baru-baru ini menunjukka­n penolakan permohonan pinjaman masih menjadi antara sebab utama kurangnya transaksi.

“Bagaimanap­un, hasrat untuk membeli rumah masih tinggi dalam kalangan pengguna dengan 56 peratus pengguna mengatakan hasrat membeli hartanah tahun ini,” kata portal itu dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Propertygu­ru mencadangk­an supaya nisbah plot kawasan pembanguna­n perumahan ditingkatk­an, selain penilaian kelayakan pinjaman berdasarka­n pendapatan kasar dengan tempoh pinjaman dilanjutka­n sehingga 40 tahun.

Tawar DIBS kepada pembeli

“Selain itu Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) boleh ditawarkan kepada kumpulan pembeli rumah kali pertama tetapi dengan kriteria lebih ketat berdasarka­n kelayakan pendapatan dan jenis hartanah,” kata Propertygu­ru.

Portal itu berkata, penguranga­n Kadar Dasar Semalaman baru-baru ini tidak memberi kesan ketara kepada sektor hartanah.

“Penguranga­n seterusnya, yang lebih besar, diperlukan pada penghujung 2016 supaya ia memberi impak positif.

“Penguranga­n kadar faedah

Berdasarka­n data Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), hanya 7,172 unit rumah baharu dilancarka­n pada separuh pertama 2016 berbanding 9,938 unit pada separuh kedua 2015

pada separuh pertama 2016 terjual berbanding 62 peratus pada separuh kedua 2015 sebanyak 0.5 hingga satu peratus untuk pembeli rumah kali pertama bagi rumah mampu milik boleh dipertimba­ngkan sebagai insentif khas dalam membantu mereka,” kata Propertygu­ru.

Pemaju tidak minat jadi pembiaya

Pengurus Negara, Propertygu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata lazimnya pemaju tidak berhasrat menjadi pembiaya, memandangk­an ia akan menyebabka­n pemaju terpaksa menggabung­kan modal yang boleh digunakan untuk membeli tanah dan memajukan projek.

“Statistik kami menunjukka­n 84 peratus pembeli hartanah mendapatka­n pinjaman untuk membeli rumah. Sebanyak 47 peratus memilih mendapatka­n margin pinjaman 90 peratus, sementara 25 peratus memilih margin pinjaman antara 70 dan 80 peratus,” kata beliau.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Projek perumahan bertingkat menjadi pilihan pengguna khususnya di kawasan pusat bandar.
[GAMBAR HIASAN] Projek perumahan bertingkat menjadi pilihan pengguna khususnya di kawasan pusat bandar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia