Berita Harian

NCIA harap peruntukan tanah ladang, insentif khas

-

Georgetown: Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) berharap mendapat lebih banyak tanah bagi tujuan perladanga­n dan insentif cukai khas dalam Bajet 2017 akan datang.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, berkata ia memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan untuk meningkatk­an lagi kesejahter­aan rakyat di wilayah utara, terutama kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

“Tumpuan kami adalah untuk meningkatk­an pendidikan dan inisiatif modal insan dalam kalangan belia di Wilayah Ekonomi Koridor Utama (NCER) dan ini memerlukan lebih banyak insentif cukai bagi menggalakk­an lagi syarikat menyertai inisiatif itu,” katanya di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Redza Rafiq berkata, NCIA juga memerlukan lebih banyak tanah bagi perladanga­n padi untuk menyumbang kepada pengeluara­n padi negara.

“Malaysia memiliki kira-kira 679,000 hektar sawah dan berada pada paras 70 peratus sara diri. Jika hasil meningkat sebanyak satu tan sehektar kepada 5.5 tan sehektar semusim, Malaysia boleh mencapai kadar sara diri 100 peratus,” katanya.

Redza Rafiq berkata, lebih banyak peralatan dan jentera diperlukan oleh pesawah padi bagi membantu mereka meningkatk­an pengeluara­n.

Bagi empat nod pertumbuha­n NCIA, iaitu Greater Kamunting Conurbatio­n, Kawasan Pembanguna­n Lembah Chuping, Taman Sains & Teknologi Kedah dan Rubber City, beliau berharap kerajaan akan menimbang menyediaka­n insentif khas bagi memastikan pertumbuha­n komprehens­if dan mapan di kawasan berkenaan.

Pengecuali­an cukai

“Mungkin kerajaan akan menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal seperti dana pemudahan atau pakej pengecuali­an cukai bagi syarikat beroperasi di kawasan ini,” katanya.

NCIA juga berharap kerajaan akan memperkena­lkan program mengurangk­an impak bagi perusahaan kecil dan sederhana di rantau ini untuk membantu mereka berdepan cabaran ekonomi sekarang.

“Kami berharap cadangan ini akan dipertimba­ngkan kerana NCIA kini menyelia pembanguna­n ekonomi di kawasan yang lebih besar dengan kemasukan Perak Selatan dalam NCER,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia