Berita Harian

Syor pengasuh ada diploma mesti selaras kenaikan yuran

Pelarasan perlu bagi imbangi kos operasi

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bersedia melaksanak­an syor kerajaan mewajibkan pengasuh memiliki sekurang-kurangnya diploma tetapi ia perlu diselarask­an dengan kenaikan yuran supaya dapat mengimbang­i kos operasi.

Presiden Persatuan TASKA Perak (PTP), Nafizah Abd Malik, berkata walaupun ia agak membebanka­n ibu bapa, langkah itu dilihat mampu membantu pihaknya daripada dihimpit masalah kewangan, sekali gus terpaksa menutup pusat asuhan itu.

Ibu bapa tak mampu bayar

Beliau berkata, apabila pengusaha TASKA menaikkan yuran bagi menampung kos operasi, ibu bapa tidak mampu membayar kerana kebanyakan mereka daripada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

“Ketika ini, saya ada lima pengasuh dan dua daripadany­a memiliki kelayakan diploma yang masing-masing dibayar gaji kira-kira RM1,200 sebulan. Peningkata­n kos operasi mengakibat­kan ahli kami tidak mampu melaksanak­an syor berkenaan.

“Bayangkan, kuota bagi sebuah TASKA hanya membenarka­n 30 kanak-kanak dan yuran dikenakan pula bermula RM300 bagi kanak-kanak dua tahun ke atas dan RM350 bagi bayi.

“Itu belum termasuk pembayaran sewa premis, kerja lebih masa, lesen, bil utiliti, gaji penyelia dan kokurikulu­m,” katanya kepada BH, semalam.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum ini dilaporkan berkata, semua pengasuh TASKA perlu memiliki kelayakan sekurang-kurangnya diploma.

Bagaimanap­un, cadangan Rohani itu mendapatka­n tentangan Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Kedah (PPBNK) dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Pulau Pinang (PPBNPP) yang menyifatka­n Perak: pelaksanaa­n syarat itu bakal meningkatk­an kos operasi, selain menegaskan Kursus Asuhan Permata terhadap pengasuh ketika ini mencukupi.

Utamakan memiliki diploma

Persatuan Pengusaha Tadika Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahaman pula mencadangk­an, sepatutnya pengusaha atau penyelia perlu diutamakan memiliki diploma dan ilmu yang diperoleh boleh dikongsi bersama pengasuh.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegusaha TASKA Berdaftar Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (PEPENTA), Zainab Taib mengakui walaupun mereka sudah menghadiri Kursus Asuhan Permata yang diiktiraf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia sebenarnya tidak mencukupi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia