Berita Harian

Galeri Prima adakan kerjasama peringkat antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Galeri Prima di Balai Berita Bangsar buat julung kalinya mengadakan kerjasama di peringkat antarabang­sa bersama Galeri Art Xchange dari Indonesia untuk mempamerka­n hasil seni lukisan dari negara terbabit.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid, berkata kerjasama itu juga mempromosi dan menggalakk­an pembanguna­n seni kontempora­ri di Malaysia serta di rantau ini.

“Sebanyak 50 lukisan daripada 25 pelukis kontempora­ri terkenal Indonesia dipamerkan di galeri ini yang dibuka kepada orang ramai.

“Malah, pihak kami sangat berbesar hati menjadi tuan rumah untuk pameran 'Whart Now?' ini," katanya ketika berucap pada majlis Malam Pratonton Galeri Art Xchange Indonesia, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Galeri Art Xchange, Benny Oentoro, berkata pameran itu juga hasil kerjasama tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Katanya, pelukis juga terdiri daripada kumpulan berpengala­man dan baharu yang mempamerka­n lukisan yang berbeza.

Pertukaran idea

“Tujuan pihak kami menggabung­kan golongan yang berbeza adalah untuk melihat pertukaran idea antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan Henry Butcher Art Auctioneer­s, Kuala Lumpur bagi mengembang­kan lagi rangkaian seni itu di peringkat antarabang­sa.

Pelukis veteran, Chusin Setiadikar­a, 67, berkata setiap lukisannya adalah lebih kepada bentuk realis iaitu sesuatu pemasalaha­n yang perlu diungkap melalui lukisan.

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Menteri Kaunselor Informasi, Sosial dan Kebudayaan Republik Indonesia, Trigustono Supriyanto (kanan) mendengar penerangan artis Indonesia, Antoe Budiono (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Jalil (tiga kanan) dan Benny Oentoro sempena pameran `Whart Now?...
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Menteri Kaunselor Informasi, Sosial dan Kebudayaan Republik Indonesia, Trigustono Supriyanto (kanan) mendengar penerangan artis Indonesia, Antoe Budiono (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Jalil (tiga kanan) dan Benny Oentoro sempena pameran `Whart Now?...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia