Berita Harian

Tangkap 500 ular, kena patuk 8 kali

Skuad King Cobra bomba guna kaedah khas tingkat kecekapan hadapi reptilia berbisa

- Oleh Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman

Menggunaka­n ular yang masih liar dan berbisa dalam latihan dianggap tindakan amat berbahaya.

Bagaimanap­un, anggota Bomba dan Penyelamat Temerloh, Abu Zarin Hussin, menggunaka­n kaedah itu untuk melatih rakan sepasukan dalam tugas menangkap ular bagi memenuhi tugas membantu orang ramai.

Abu Zarin yang digelar King mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa, selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

“Ular tedung selar adalah spesies yang paling agresif dan berbisa berbanding yang lain. Ia sesuai digunakan untuk melatih dan memberi kemahiran serta teknik yang betul kepada anggota bomba bagi menjinakka­nnya,” katanya kepada BH.

Jilat bisa ular

Malah, Abu Zarin membuktika­n bahawa bisa ular sebenarnya tidak memudaratk­an jika tidak terkena pada kulit yang luka atau dipatuk haiwan berkenaan apabila beliau menjilat bisa ular tedung selar dan menelannya.

Sejak tahun lalu, Abu Zarin sudah menangkap 500 ekor ular manakala unit berkenaan keseluruha­nnya menangkap 3,000 reptilia itu sejak diwujudkan hujung tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, Abu Zarin sudah lapan kali dipatuk ular, tiga daripadany­a ular senduk manakala lima ular sawa.

Katanya, yang paling teruk ialah tahun lalu apabila beliau koma dua hari dan hampir meragut nyawanya selepas dipatuk ular tedung.

Namun, anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu tidak serik untuk bermain dengan ular berbisa seperti tedung selar, katam tebu, kapak dan ular sawa.

Beliau yang sudah bertugas hampir 10 tahun sebagai anggota bomba juga sering bermain dengan haiwan berbisa yang ditangkapn­ya hasil aduan orang ramai dan masih agresif serta berbisa bagi melatih anggota lain.

“Haiwan ini sebenarnya takut kepada manusia dan hanya akan mengancam manusia apabila merasakan dirinya terancam selain ketika mengeram telur,” katanya yang mengetuai Skuad King Cobra sejak hujung tahun 2015.

Berdepan risiko berbahaya

Abu Zarin yang pernah bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dan Pekan sebelum bertukar di Temerloh berkata, berdepan risiko bahaya dipatuk ular adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan dengan tugasannya.

Beliau berkata, tiada amalan tertentu yang digunakan untuk menjinakka­n haiwan berbisa itu, sebaliknya sentiasa fokus dan yakin dengan kebolehan diri.

“Melatih ular juga memakan masa kerana ia bergantung kepada mood ular dan tiada jalan pintas untuk menguasain­ya,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an orang ramai sekiranya bertembung dengan ular supaya tidak panik atau cemas ketika berhadapan dengan situasi itu, sebaliknya tenang dan beredar secara perlahan-lahan.

 ??  ?? Abu Zarin menunjukka­n kesan patukan ular tedung selar yang hampir meragut nyawanya.
Abu Zarin menunjukka­n kesan patukan ular tedung selar yang hampir meragut nyawanya.
 ??  ?? Abu Zarin menunjukka­n kemahirann­ya mengendali­kan ular tedung selar.
Abu Zarin menunjukka­n kemahirann­ya mengendali­kan ular tedung selar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia