Berita Harian

Dalang ubah suis keselamata­n diburu

JKKP minta kerjasama Polis Antarabang­sa kesan warga Indonesia larikan diri

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang mengesan individu yang disyaki mengubah suai suis keselamata­n sebuah kren sehingga besi cangkuk jentera itu terjatuh dan mengakibat­kan kematian seorang wanita di ibu negara, Ogos lalu.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohtar Musri ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Penyelengg­araan Strata 2016 di sini semalam, berkata ubah suai itu punca nahas berkenaan kerana tindakan terbabit menyebabka­n besi cangkuk kren beralih ke luar dari tapak binaan.

Jejak warga Indonesia

“Kami turut meminta kerjasama Polis Antarabang­sa bagi menjejak pengendali kren warga Indonesia yang melarikan diri selepas kemalangan. Menggajika­n pengendali kren warga asing adalah menyalahi undang-undang negara,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.20 malam 25 Ogos lalu, Chin Khoon Sing, 24, dari Gurney Park, Georgetown, Pulau Pinang, maut selepas cangkuk kren jatuh betul-betul di atas bumbung tempat duduknya ketika mangsa memandu kereta melalui sebuah kawasan pembinaan di Jalan Raja Chulan.

Sementara itu, Mokhtar berkata, sebanyak 29 kes keselamata­n berkaitan kemudahan lif di sekitar Lembah Klang dilaporkan kepada jabatan itu sejak Januari lalu, membabitka­n kemalangan, kerosakan dan mangsa terperangk­ap, selain tiga kes lif tiada Sijil Perakuan Kelayakan (CF) dan tiga kes lif tidak selamat.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an syarikat penyelengg­araan lif menyediaka­n latihan berterusan kepada juruteknik mereka supaya kerja baik pulih dan menyelengg­ara dapat dilakukan dengan sempurna serta menepati ciri keselamata­n.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 25 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH 25 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia