Berita Harian

Melaka keempat terbaik pendapatan perkapita 2015

Turut unggul tarik pelaburan langsung asing, domestik sepanjang 2014

- Oleh Amir Mamat

Melaka berada pada tangga keempat apabila pendapatan perkapita negeri pada tahun lalu melebihi pencapaian di peringkat nasional.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata berdasarka­n laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan perkapita negeri ini tahun lalu adalah RM39,853 berbanding RM37,104 di peringkat nasional, sekali gus satu perkembang­an membanggak­an buat Melaka.

“Ia memberi harapan cerah untuk capai sasaran RM48,000 pendapatan perkapita dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tujuh peratus menjelang 2020.

Teruskan pertumbuha­n menggalakk­an

“Kita mahu pertumbuha­n menggalakk­an ini diteruskan, serta dipertingk­atkan dalam usaha memastikan pembanguna­n ekonomi Melaka dapat melangkah ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri, semalam.

Idris turut berbangga apabila Melaka diiktiraf negeri terbaik dalam menerima kadar kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) serta pelaburan langsung domestik (DDI) sepanjang 2014.

Dalam isu lain, Ketua Menteri meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar berunding dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan berkaitan projek pembinaan Empangan Jernih di Alor Gajah dan isu sempadan keduadua negeri.

“Sebahagian kawasan dalam pembinaan empangan itu berada di kawasan sempadan Melaka-negeri Sembilan.

“Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah memohon ulasan kerajaan Negeri Sembilan berhubung projek ini dan Melaka bersetuju ia diselesaik­an dalam rundingan,” katanya. Ketua Menteri Melaka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia