Berita Harian

Dua PBT sedia perkhidmat­an pusat siber percuma

-

Seremban: Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) dan Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) berusaha membuka lebih banyak pusat siber percuma di kedua-dua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertua MPS dan MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata pusat siber berkenaan yang diuruskan sendiri oleh keduadua PBT itu, tidak mengenakan sebarang bayaran menggunaka­n komputer dan internet.

Beliau berkata, pengguna hanya perlu membayar RM1 untuk yuran pendaftara­n dan perlu membawa sendiri kertas jika mahu mencetak sebarang dokumen.

“Di kawasan MPN, pusat siber yang dinamakan Pusat Cyber Rakyat beroperasi di Labu, Rantau dan Mantin, manakala sebuah lagi pusat dalam pembinaan di Lenggeng.

“Pusat siber yang beroperasi di kawasan MPS pula ialah di Paroi dan Lobak. Dua lagi akan dibuka pada tahun hadapan di Sikamat dan Ampangan,” katanya selepas majlis perasmian Pusat Cyber Rakyat di Mantin, dekat sini, semalam.

Penduduk sambut baik

Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon. Pusat Cyber Rakyat di Mantin beroperasi di bangunan rumah kedai milik MPN dengan pengubahsu­aian membabitka­n kos RM90,000, manakala 21 komputer bernilai RM70,000 disumbangk­an sebuah syarikat kuari, Negeri Roadstone Sdn Bhd.

Abd Halim berkata, pusat siber yang beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang hanya ditutup pada Ahad dan hari kelepasan am.

Setakat ini, katanya, semua pusat siber yang dibuka mendapat sambutan baik penduduk tempatan kerana sesetengah kawasan seperti Rantau dan Labu terletak di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai pusat siber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia