Berita Harian

Wajah wanita berjaya pacu negara

Pameran hargai sumbangan golongan hawa diadakan di Balai Seni Visual Negara

- Oleh Norhafzan Jaafar

Wanita negara ini memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama dalam menggubal dan melaksanak­an dasar pembanguna­n lestari ke arah mencapai Malaysia maju.

Pemimpin dan pengurus wanita dalam pelbagai peringkat layak digelar ‘wira tak didendang’ dalam memainkan peranan masing-masing ke arah melaksanak­an dasar itu.

Menyedari kepentinga­n itu, Institut Teknologi Massachuse­tts, Amerika Syarikat dengan kerjasama Program Bandaraya Lestari Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (MSCP) mengadakan pameran ‘Wajah Wanita & Bandaraya Lestari Malaysia’ bagi menghargai sumbangan mereka dalam pembanguna­n bandar raya lestari.

Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad, berkata pameran yang berlangsun­g di Balai Seni Visual Negara, dari 8 Oktober hingga 13 November ini meneroka sumbangan yang dimainkan wanita dari pembuat dasar hingga golongan usahawan sosial dalam menyumbang­kan kepada pembanguna­n lestari Malaysia.

Rakam wajah tokoh wanita

“Pameran ini adalah hasil kerjasama UTM dan Institut Teknologi Massachuse­tts, Amerika Syarikat di bawah program MSCP dengan agenda utama adalah mengkaji usaha pembanguna­n bandar raya lestari di Malaysia.

“Sepanjang program itu, ia secara tidak langsung turut merakamkan peranan wanita sebagai ejen perubahan yang terbabit secara langsung dalam pembanguna­n beberapa bandar raya utama di Malaysia.

“Jadi wajah mereka dipamerkan dalam pameran yang membabitka­n lebih 70 rakaman fotografi kerja di lapangan, selain 21 video temu bual dan 19 dokumentar­i penyelidik­an,” katanya kepada BH selepas majlis pelancaran pameran itu, kelmarin.

Mohd Hamdan berkata, pameran berkenaan juga pernah diadakan di Wolk Gallery, MIT selama sebulan, pada 30 April hingga 31 Julai tahun lalu dengan tajuk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia