Berita Harian

Dua nama Nobel burukkan Islamophob­ia

Lembaran Kata

-

Dua pengarang yang disebut-sebut mungkin meraih Hadiah Nobel Kesusaster­aan yang akan diumumkan pada hari ini memang kontrovers­i dalam konteks wacana Islam pasca 9/11 dan Daesh khususnya di Eropah.

Pertama, penyair kelahiran Syria, Adonis yang menganggap penyair Arab sentiasa menentang Tuhan dan meletakkan sekular sebagai jalan keluar daripada kemusnahan jiwa dunia Arab akibat fanatik keagamaan.

Adonis memang tidak sunyi daripada kontrovers­i agama kerana sering diserang kelompok ekstremis, termasuk Salafi di Mesir dengan ugutan bunuh hinggalah kempen membakar bukunya.

Malah, Adonis pernah disingkirk­an daripada Kesatuan Penulis Arab pada 1995 kerana bertemu delegasi Israel dalam pertemuan tajaan UNESCO.

Dari segi sastera, Adonis antara pelopor puisi moden Arab bentuk bebas yang mendapat pujian intelektua­l terkemuka, Edward Said dan disenaraik­an tokoh Arab berpengaru­h pada kedudukan ke-26 daripada 100, selain mengutip banyak pengiktira­fan di Eropah.

Sejak kekacauan di Syria dan kemenangan­nya dalam Hadiah Goethe, Jerman pada 2011, Adonis dianggap antara saingan terdekat Hadiah Nobel Kesusaster­aan, manakala setahun kemudian dianggap patut dibunuh oleh kelompok penentang di negara kelahirann­ya kerana berfahaman Syiah Alawi, anti-islam serta pengkritik pemberonta­k dan menolak campur tangan tentera.

Nama kedua, novelis Britain kelahiran India, Salman Rushdie terkenal dengan novel, The Satanic Verses sehingga membawa kepada bantahan dari dunia Islam, selain fatwa Khomeini menghalalk­an darahnya.

Akademi Sweden yang bertanggun­gjawab untuk Hadiah Nobel menamatkan ‘kebisuan’ 27 tahun atas nama sikap berkecuali dan bebas apabila mengecam fatwa itu pada Mac lalu.

The Satanic Verses bukanlah karya terbaik Salman kerana Midnight’s Children melonjakka­n namanya sehingga memenangi Hadiah Man Booker pada 1981 dan The

(2008).

Sentimen anti-islam

Sekiranya salah seorang daripada dua pengarang itu diumumkan menang, ia boleh menjadi isyarat Akademi Sweden mengambil sikap memihak atau lebih buruk, dituduh meneruskan kesinambun­gan sentimen anti-islam dan Islamophob­ia yang melanda Eropah mutakhir ini.

Malah kemenangan itu juga meneruskan salah faham Barat dan Eropah yang mewabakkan Islamophob­ia kerana bukan sahaja mewakili kejahilan terhadap hakikat Islam, bahkan ditentang dua kelompok ekstrem dalam agama, iaitu Syiah serta Salafi.

Kemenangan itu ibarat memetik picu senapang di tengah-tengah ‘perang’ antara kelompok yang tidak memahami Islam daripada pandangan alam dan sejarah peradaban sebenar sehingga menambahka­n kekeliruan kepada masyarakat Eropah.

Sebenarnya spekulasi kontrovers­i itu dipercikka­n oleh tindakan Akademi Sweden sendiri yang mengambil keputusan tidak mengikut kebiasaan dalam pengumuman Hadiah Nobel Kesusaster­aan pada tahun ini.

Biasanya, nama pemenang diumumkan pada hari Khamis dalam minggu sama senarai pemenang Hadiah Nobel kategori seperti fizik, kimia dan perubatan tetapi Akademi Sweden melewatkan seminggu kemudian.

Tidak hairanlah, ada pemerhati menjangkak­an sebab sebenar kelewatan disebabkan panel juri tidak mencapai kata sepakat dan bukannya alasan yang disediakan oleh Akademi Sweden, iaitu isu ‘kalendar.’

Apapun keputusan itu mungkin terlepas kontrovers­i anti-islam kerana Akademi Sweden sendiri memang hampir mustahil untuk dijangka, malah Adonis sendiri mungkin merasainya apabila disebut-sebut dinobatkan pada 2011 tetapi akhirnya yang merangkuln­ya ialah penyair Sweden sendiri, iaitu Tomas Transtrome­r.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia