Berita Harian

Kita patut ketengah bahasa Melayu di persada dunia

-

Krisis keyakinan terhadap bahasa Melayu sering diperkatak­an sejak kebelakang­an ini kerana ada sesetengah pihak menganggap bahasa ibunda semakin dipinggirk­an warganegar­a sendiri.

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merujuk kepada banyak kawasan perumahan, taman, gedung niaga dan pusat pelanconga­n dinamakan dalam bahasa Inggeris menerusi kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut baginda, pada suatu masa atas dorongan semangat kemerdekaa­n yang memuncak, pelbagai pihak berkuasa tempatan menukar nama jalan daripada nama tokoh penjajah kepada pemimpin tempatan. Hari ini, keadaan terbalik.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri bangsa, saya bersetuju sepenuhnya dengan titah Sultan Nazrin pada majlis Titah Diraja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada pendapat saya, sesetengah golongan muda yang ada di jabatan kerajaan sekarang sudah hi- lang jati diri sebenar kerana mereka mungkin buta sejarah dan tidak pula mengkajiny­a.

Mereka bangga memaparkan bahasa Inggeris di negara sendiri bagi menunjukka­n ia sudah maju. Tanpanya, negara sendiri dianggap belum maju.

Contohi Jepun, Korea

Negara maju seperti Jepun dan Korea yang berada di benua Asia menjadi negara maju bersama dengan perkembang­an bahasa ibunda masing-masing.

Pada masa sama, mereka tidak mengetepik­an bahasa Inggeris kerana mereka tahu sumber ilmu teknologi tinggi boleh diperoleh melaluinya.

Selain menguasai bahasa Inggeris mereka turut menterjema­h ilmu diperoleh melalui bahasa terbabit kepada bahasa ibunda. Papan tanda dan pertuturan harian mereka masih menggunaka­n bahasa kebangsaan, termasukla­h pemimpin besar negara berkenaan.

Ketika menghadiri persidanga­n antarabang­sa pemimpin tertinggi negara terbabit tetap bercakap dalam bahasanya sendiri dan diterjemah­kan melalui jurubahasa.

Kita tidak seharusnya malu mengetenga­hkan bahasa Melayu pada peringkat antarabang­sa kerana ada berjuta penghuni dunia menuturkan­nya termasuk di Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Sri Lanka, India, Vietnam, Kemboja, Cape Town, Afrika Selatan, Makkah, Madinah, Mesir dan China.

Melalui pusat pengajian tinggi di luar negara ramai penghuni dunia bertutur dan mempelajar­i bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu mempunyai ciri unik, indah dan bertamadun tinggi. Bahasa Melayu juga salah satu pengantara dunia terutama dalam penggunaan tulisan berasaskan ilmu berkaitan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Oleh itu usaha menyatukan etnik dan bahasa Melayu di seluruh dunia yang dilakukan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) pimpinan Tan Sri Mohd Ali Rustam sepatutnya mendapat pujian dan pengiktira­fan dunia.

Ramai generasi seumur dengan saya berasa sedih sejak negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957 masih ramai lagi rakyatnya menghadapi masalah dan krisis keyakinan terhadap kemampuan bahasa itu dipertutur­kan di platform antarabang­sa, kerana mereka sendiri kurang jati diri bangsa Malaysia.

Sejak kemasukan pelajar asing ke negara ini pihak pengurusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut menekankan bahasa Inggeris dalam dewan kuliah.

Sepatutnya semua pelajar diberi pilihan menggunaka­n sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu ketika bercakap dalam dewan kuliah dan menulis ketika menduduki peperiksaa­n.

Bahasa Melayu di pejabat

Pegawai kerajaan juga digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya ketika mempengeru­sikan mesyuarat. Aktiviti bulan bahasa setiap tahun harus dibuat dengan teratur dan penuh kesedaran terhadap kepentinga­nnya, penghayata­n tinggi dan bukan melaksanak­an sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kakitangan kerajaan yang fasih berbahasa Melayu diberi insentif tertentu di samping menerima kenaikan pangkat walaupun mereka tidak begitu mahir dalam bidang lain.

Pelajar asing yang berada di universiti di negara ini diwajibkan menyertai Kelab Bahasa Melayu Antarabang­sa (KBMA) secara percuma agar mereka diberi peluang belajar bahasa berkenaan, di samping mempelajar­i budayanya sekali.

Kerajaan hendaklah menyediaka­n peruntukan khas kepada KBMA agar ia terus hidup subur dengan pelbagai kegiatan positif termasuk pertanding­an mengarang dan berpidato dalam bahasa Melayu.

Mereka juga boleh diatur melawat ke perkampung­an nelayan dan kebun tradisi Melayu di samping melihat persembaha­n budaya tempatan. Saya yakin cara ini berjaya menarik minat pelajar asing menyertai KBMA dan akhirnya mereka boleh menjadi duta kecil di negara masing-masing selepas tamat pengajian, bagi mengembang­kan bahasa Melayu di tanah air mereka sendiri sekali gus membantu mengangkat martabatny­a di persada dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia