Berita Harian

Felcra FC bukan pasukan ‘hingusan’

-

pasukan bola sepak Felcra melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FAM 2016 sudah cukup menobatkan pasukan itu sebagai ‘juara’ di hati peminatnya, meskipun mereka tewas 3-2 kepada pasukan Pemodalan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di hadapan penyokong sendiri pada separuh akhir kedua yang berlangsun­g pada Ahad lalu.

Felcra FC yang rata-ratanya dibarisi pemain muda selain mempunyai beberapa orang pemain berpengala­man beraksi dengan baik sehingga ke detik akhir perlawanan. Mungkin belum ada rezeki buat pasukan ini untuk menjadi Juara Liga FAM pada tahun ini.

Pujian seharusnya diberikan kepada pengurusan Felcra Berhad di bawah pimpinan Pengerusin­ya, Bung Mokhtar Radin yang berjaya mewujudkan sebuah pasukan yang hebat untuk bersaing dalam liga bola sepak profesiona­l.

Pujian juga harus diberikan kepada pengurusan Felcra FC yang diketuai pengurus Mohd Fauzi Tahir dan juga orang kuat di sebalik pasukan itu iaitu Timbalan Presidenny­a, Datuk Hazian Murad.

Mereka berjaya menguruska­n pasukan tersebut dengan baik, yang sehingga hari ini tidak terdapat sebarang ‘cakap belakang’ ataupun apa-apa isu berbangkit yang membabitka­n pemainnya mahupun peminat mereka.

Pengurusan teratur

Pengurusan mereka jauh lebih baik daripada sesetengah pasukan yang bertanding di Liga Super yang mana mempunyai masalah berkaitan pembayaran gaji serta beberapa permasalah­an yang lain.

Penulis berpeluang mengikuti Kembara Media Felcra baru-baru ini, di mana pengamal media dibawa melawat beberapa penempatan Felcra di Seberang Perak, di mana penulis melihat sendiri bagaimana belia Felcra begitu bangga memakai Jersi Pasukan Felcra FC.

Kehadiran warga Felcra yang dilihat mendominas­i penyokong yang ada di setiap lokasi perlawanan pasukan ini, membuktika­n bahawa mereka benar-benar berbangga dengan pasukan ini. Walau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia