Berita Harian

12 maut keganasan terbaru di Rakhine

Tentera Myanmar tahan enam suspek serangan sejak Ahad lalu

-

Dua belas maut di negeri Rakhine di utara Myanmar dalam pertempura­n antara kumpulan bersenjata dengan anggota tentera, lapor media semalam, dalam keganasan yang semakin meningkat di wilayah itu.

Empat anggota tentera dan seorang penyerang terbunuh kelmarin apabila ratusan penduduk bersenjata­kan pistol dan pedang menyerang anggota tentera di Pyaungpit, bandar Maungdaw, didiami ramai penduduk Islam Rohingya.

Tentera berkata, tujuh orang maut selepas pertempura­n di kampung Taung Paing Nyar, meningkat berbanding angka terdahulu.

“Selepas kejadian itu, tentera menemui tujuh mayat. Pedang dan kayu ditemui bersama mayat,” lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

Tentera mengawasi wilayah itu, tidak jauh dari sempadan dengan Bangladesh, selepas sembilan pegawai polis dibunuh dalam serangan terancang di tiga pos sempadan Ahad lalu.

Sejumlah 29 orang maut dalam pertembung­an terbaru, menurut media tempatan, sumber polis dan kerajaan, dengan mangsa termasuk tentera, penyerang dan pengawal sempadan yang terbunuh dalam serbuan Ahad lalu.

Ketegangan meningkatk­an kemungkina­n berulangny­a tragedi tahun 2012, apabila keganasan agama melanda Rakhine, men gorbankan lebih 100 orang dan memaksa puluhan ribu penduduk Islam Rohingya tinggal di kem penempatan.

400 sekolah ditutup

Hampir 400 sekolah ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang di Maungdaw dan kawasan sekitar, perintah darurat berkuat kuasa manakala guru dan kakitangan awam menuju ke selatan ke ibu kota Rakhine di Sittwe.

Keganasan memuncak di rantau itu memberi cabaran besar buat kepimpinan demokratik baharu Myanmar di bawah Aung San Suu Kyi.

Etnik Muslim itu berhadapan sekatan teruk ke atas pergerakan dan capaian perkhidmat­an asas, dengan kumpulan hak asasi manusia menyifatka­n mereka sebagai penduduk dunia paling teraniaya di dunia.

Nasionalis Buddha mahu melabelkan mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh, walaupun sudah beberapa generasi keturunan mereka berada di Myanmar.

Keseluruha­n enam suspek di sebalik serangan di sempadan termasuk empat yang ditangkap kelmarin, kini dalam tahanan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa bagaimanap­un tidak mendedahka­n banyak butiran mengenai penyerang atau motif, dengan sebahagian­nya menyalahka­n Rohingya, manakala yang lain menuding jari ke arah kumpulan Bangladesh.

 ??  ?? anggotanya yang maut Ahad lalu, manakala gambar kanan menunjukka­n kumpulan guru dan kakitangan awam
anggotanya yang maut Ahad lalu, manakala gambar kanan menunjukka­n kumpulan guru dan kakitangan awam
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Polis sempadan Myanmar (kiri) meletakkan bendera pada keranda tiba di jeti Sittwe dari Maungdaw.
[ FOTO AFP ] Polis sempadan Myanmar (kiri) meletakkan bendera pada keranda tiba di jeti Sittwe dari Maungdaw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia