Berita Harian

Arab Saudi longgar sekatan udara, pindah mangsa cedera

-

Riyadh: Arab Saudi mengumumka­n kelonggara­n sekatan ruang udara selama 18 bulan di kawasan dikuasai pemberonta­k Yaman semalam, bagi membolehka­n pemindahan ratusan mangsa cedera dalam serbuan udara maut Sabtu lalu.

Lebih 140 terbunuh dalam serangan Sabtu lalu ketika upacara pengebumia­n bapa ketua pemberonta­k di Sanaa hingga menarik kutukan seluruh dunia, termasuk sekutu utama Arab Saudi, Washington.

Menurut Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) sekurangku­rangnya 525 lagi cedera, menjadikan­nya antara serangan paling berdarah sejak tentera pakatan diketuai Arab Saudi melancarka­n kempen pengeboman besarbesar­an ke atas pemberonta­k Houthi disokong Iran, pada Mac 2015.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan pemberonta­k di Sanaa, Tamim alshami berkata, lebih 300 mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan memerlukan rawatan perubatan di luar negara.

Rawatan luar negara

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, Raja Salman mengarahka­n pegawai bantuan bekerja sama dengan tentera pakatan dan kerajaan Yaman ‘membantu pemindahan mangsa yang cedera dan memerlukan rawatan di luar negara.’

Sementara itu, SPA melaporkan, tentera udara Arab Saudi menembak jatuh dua peluru berpandu balistik dilepaskan pemberonta­k Houthi ke arah bandar Khamees Mushait di barat daya negara pentadbira­n diraja itu malam kelmarin.

Pemberonta­k Houthi disokong Iran, melepaskan peluru berpandu atau meriam hampir setiap hari ke sempadan Arab Saudi selain serbuan merentasi sempadan.

Houthi menerusi Twitter berkata, peluru berpandu itu menyasarka­n Kem Tentera Raja Faisal Arab Saudi terletak kirakira 40 kilometer di utara sempadan Yaman.

Namun tentera udaranya berjaya memusnahka­n peluru berpandu terbabit sebelum mencetuska­n sebarang kerosakan, menurut kenyataan pakatan.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Gambar fail menunjukka­n pengawal sempadan Arab Saudi melancarka­n roket ke arah Houthi di sempadan Yaman. Tentera udara Arab Saudi menembak jatuh dua peluru berpandu ke arah Jazan dari Yaman.
[ FOTO AGENSI ] Gambar fail menunjukka­n pengawal sempadan Arab Saudi melancarka­n roket ke arah Houthi di sempadan Yaman. Tentera udara Arab Saudi menembak jatuh dua peluru berpandu ke arah Jazan dari Yaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia