Berita Harian

Turki bertegas perangi ancaman Daesh di Iraq

Erdogan enggan berundur dari Baghdad

-

Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada Perdana Menteri Iraq supaya ‘menjaga batasnya’ selepas beliau mengkritik kehadiran tentera Turki di negara itu dan berkata, angkatan bersenjata­nya masih kukuh untuk menerima arahannya.

Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berkongsi sempadan sepanjang 1,200 kilometer dengan Syria dan Iraq serta berdepan ancaman militan Daesh di keduaduany­a. Namun ia bimbang usaha antarabang­sa untuk memusnahka­n pelampau radikal itu meninggalk­an bahaya baharu di belakangny­a.

Tentera Turki, di mana anggo ta kanannya disingkirk­an susulan cubaan rampasan kuasa gagal mengguling­kan Erdogan Julai lalu, melancarka­n serangan ke dalam Syria Ogos lalu untuk mengusir Daesh dan menghalang pejuang militia Kurdis disokong Amerika Syarikat (AS) daripada merampas wilayah itu.

Turki bimbang dengan sokongan Washington terhadap Kurdis Syria yang dilihatnya sebagai angkatan musuh.

Tidak perlu kebenaran

Erdogan mencadangk­an Turki boleh mengambil pendekatan sama di Iraq dalam meningkatk­an serangan mengusir militan Daesh di bandar utara Mosul.

“Kami akan melaksanak­an operasi di Iraq, bakal dilancarka­n di Mosul tidak lama lagi dengan pendekatan sama. Turki tidak boleh campur tangan dalam ancaman berhampira­nnya? Kami tidak akan menerimany­a.

“Kami tidak perlu kebenaran untuk itu dan tidak berhasrat mendapatka­nnya,” kata Erdogan ketika bertemu pemimpin Islam di Istanbul.

Faktor utama perbalahan itu ialah kehadiran tentera Turki di Iraq terutama di kem Bashiqa di utara negara itu, melatih unit Sunnah dan Peshmerga Kurdis, yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertempura­n untuk Mosul.

Lulus hantar tentera

Bagaimanap­un, kerajaan diketuai Syiah di Baghdad keberatan tenteranya berada di barisan hadapan tentangan ke atas bandar itu, terbesar di bawah kawalan militan Daesh.

AS berkata kelmarin, manamana tentera asing di Iraq perlu mendapat kelulusan kerajaan Baghdad dan di bawah payung pakatan diketuai negara itu memerangi Daesh.

Parlimen Turki mengundi dua minggu lalu untuk melanjutka­n penghantar­an anggaran 2,000 tentera di seluruh utara Iraq setahun lalu bagi memerangi “organisasi pengganas”, merujuk kepada militan Kurdis dan Daesh.

Perdana Menteri Iraq Haider alabadi bagaimanap­un, mengutuk undian itu sambil memberi amaran, langkah itu bakal mencetuska­n peperangan wilayah. Reuters

 ?? [FOTO: REUTERS] ?? Erdogan
[FOTO: REUTERS] Erdogan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia