Berita Harian

Israel larang masuk Tebing Barat, Baitulmaqd­is

-

Baitulmaqd­is: Israel meningkatk­an kawalan keselamata­n dan melarang penduduk Palestin memasuki wilayah itu dari Tebing Barat atau bandar ini menjelang sambutan perayaan Yom Kippur bermula petang kelmarin.

Ribuan penduduk Yahudi melawat Tembok Barat di Kota Lama di timur Baitulmaqd­is menjelang Yom Kippur atau Hari Kedamaian, yang berakhir petang semalam.

Langkah sama juga diambil sempena perayaan Rosh Hashanah minggu lalu dan akan dilaksanak­an sekali lagi minggu depan berikutan pesta Sukkot.

Tahun lalu, sambutan itu membawa kepada pertempura­n dan menandakan kebangkita­n dalam serangan menggunaka­n senjata, pisau atau rempuhan kereta dalam kalangan penduduk Palestin.

Pasukan keselamata­n Israel dalam keadaan berwaspada selepas penduduk Palestin membunuh dua orang di bandar ini polis Israel berkawal sempena Yom Kippur haram Israel duduki wilayah Palestin di Tebing Barat Ahad lalu.

Sekatan jalan diperhebat

Lebih 3,000 anggota polis ditempatka­n di bandar raya sempena Yom Kippur, hari paling suci dalam kalendar Yahudi, dan jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata sekatan jalan raya diperhebat­kan. Penutupan wilayah Palestin kerap dilakukan bagi sambutan hari kebesaran Yahudi.

Sekatan kali ini cuma dikenakan terhadap penduduk Palestin dan bukan ke atas kirakira 400,000 peneroka haram Yahudi di Tebing Barat.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel mengumumka­n, mereka menahan seorang rakyat Palestin, Mohamed Joulani, bulan lalu kerana disyaki merancang serangan bunuh diri ke atas sebuah bas di Pisgat Zeev, penempatan Israel di sini, bagi pihak Hamas.

Tentera berkata, mereka memusnahka­n rumah milik rakyat Palestin di Tebing Barat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia