Berita Harian

Penyanyi Rod Stewart dianugerah gelaran sir

Mahu terus adakan konsert jelajah, rakam album

-

Rod Stewart kini bergelar Sir Roderick David Stewart. Penyanyi kelahiran ibu kota ini yang mana kerjayanya termasuk lagu hit terkenal seperti Maggie

dan Tonight’s diberi darjah kesatria oleh Putera William di Istana Buckingham kelmarin atas jasanya dalam bidang muzik dan kebajikan.

“Anugerah ini benar-benar indah. Ia tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata,” kata Stewart, 71, yang berkhidmat dalam industri hiburan selama lebih 50 tahun.

Penyanyi rock yang sudah tiga kali berkahwin itu ditemani isterinya, Penny Lancaster dan dua anaknya, Aiden, lima, dan Alastair, 10 tahun.

Perjalanan kerjaya panjang

Steward berkata, Putera William bertanya jika beliau akan terus mengadakan konsert jelajah dan rakaman.

“Saya mengatakan ya kerana saya memiliki lapan anak, saya tiada banyak pilihan dan beliau (William) mengucapka­n tahniah atas perjalanan kerjaya saya. Ia adalah tengah hari panjang yang amat indah.”

Menceritak­an lanjut perbua- lannya dengan Duke of Cambridge itu, Stewart yang memakai seluar panjang berpetak berkata: “Kami bercakap mengenai muzik dan beliau memuji saya kerana masih aktif. Namun saya berharap ibu dan bapa saya masih hidup untuk melihat anak mereka menerima penganuger­ahan ini.”

Sebelum itu, Stewart mengucapka­n terima kasih kepada baginda Ratu Elizabeth II atas penganuger­ahan darjah kebesaran berkenaan sambil berjanji untuk menjaganya. Ratu mengumumka­n penganuger­ahan itu awal tahun ini sempena ulang tahun kelahirann­ya ke-90 April lalu.

Individu lain yang menerima penganuger­ahan itu termasuk David Oyelowo. Aktor itu ketika ini membintang­i The Queen of Katwe bersama Lupita Nyong’o berkata, ia menjadikan beliau “berbangga menjadi seorang warga British.”

Oyelowo, yang mendapat pujian dalam filem hak asasi awam pemenang Oscar Selma diberi geran ketika baharu memulakan kerjaya lakonannya.

Vanessa Kingori, penerbit wanita pertama keturunan kulit hitam di majalah GQ British, turut diberi penghormat­an.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Putera Willam menganuger­ahkan pingat kesatria membawa gelaran ‘Sir’ kepada Stewart.
[FOTO AGENSI] Putera Willam menganuger­ahkan pingat kesatria membawa gelaran ‘Sir’ kepada Stewart.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia