Berita Harian

Federer sukar kembali dalam kelompok terbaik

-

Shanghai: Roger Federer bakal berdepan kesukaran untuk kembali menghuni kelompok teratas dengan dia kini terpaksa bertarung untuk pulih daripada kecederaan terbesar dalam kariernya, kata rakan senegarany­a, Stan Wawrinka.

Federer, 35, tersisih sejak Julai lalu susulan menjalani pemulihan lutut selepas pembedahan pertama apabila mengalami meniscus (struktur rawan berbentuk bulan sabit yang terletak di antara permukaan sendi lutut yang terbentuk dari tulang paha (femur) dan tulang kering (tibia), terkoyak, Februari lalu.

Pemenang 17 kejuaraan Grand Slam itu mengalami kecederaan pelik terbabit ketika sedang memandikan anak kembarnya selepas tersingkir daripada Terbuka Australia.

“Saya rasakan dia sedang berlatih. Namun saya tidak tahu sama ada dia mampu kembali dalam kelompok empat terbaik. Kita akan tunggu dan lihat,” kata Wawrinka selepas menundukka­n Kyle Edmund Pemain Tenis Switzeland 6-3,6-4 pada aksi pusingan kedua Shanghai Masters.

Tidak mudah

“Ini kali pertama dia mengalami kecederaan besar seperti itu dan tidak mudah untuk bangkit selepas pulih. Tetapi dia mampu kekal cergas 100 peratus, sudah pastinya dia boleh menjadi pencabar yang berbahaya.”

Federer bakal beraksi dalam kategori berkumpula­n dan beregu campuran Piala Hopman bersama Wawrinka dan Belinda Bencic sebagai menandakan kembalinya dia ke arena tenis.

Kelompok empat teratas tidak menampilka­n Federer (ranking ketujuh) dan Rafael Nadal (ranking kelima) buat kali pertama sejak 2003 sekali gus membuktika­n perkembang­an era baharu sukan terbabit.

Wawrinka yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu kini menghuni tangga ketiga di belakang Novak Djokovic dan Andy Murray, namun cabaran sentiasa hadir daripada pemain muda.

 ??  ?? Lorenzo anggap Litar Motegi sebagai laman sendiri.
Lorenzo anggap Litar Motegi sebagai laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia