Berita Harian

Hart selamatkan Three Lions

Aksi tangkas penjaga gol itu nafi deretan percubaan Slovenia

-

̌

Joe Hart terasa seperti dirinya lebam dan luka selepas memperagak­an aksi cemerlang ketika menyelamat­kan gawang England dalam keputusan seri 0-0 menentang Slovenia, awal pagi semalam.

Hart mengharung­i hari terbaiknya dalam musim yang sukar apabila menyelamat­kan deretan percubaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, termasuk menafikan tandukan Jasmin Kurtic di babak kedua.

Ia adalah saat manis buat Hart yang kini dipinjamka­n ke kelab Itali, Torino selepas digugurkan daripada skuad Manchester City kendalian Pep Guardiola.

Hart memerlukan rawatan selepas menafikan percubaan Kurtic kerana terjatuh dengan kuat, tetapi kembali menyambung permainan.

“Ia adalah permainan terbaik saya setakat ini,” kata Hart. “Badan saya terasa sakit-sakit, saya pasti sukar untuk bangun esok.

Terlanggar tiang gol

“Saya cuba sebaik mungkin untuk menyelamat­kan percubaan itu. Saya tidak tahu apa yang terjadi, saya baru melihatnya dalam rakaman, ia amat menyakitka­n. Saya terlanggar tiang gol.” PETR CECH

Dengan skuad kendalian Gareth Southgate kehilangan rentak, Hart terpaksa bekerja keras dan dia berharap satu mata yang dikutip itu mampu membantu kempen England mara ke Piala Dunia 2018.

“Saya diminta untuk bermain dengan baik, tetapi kami kerap melakukan kesilapan,” kata Hart. “Kami masih boleh memperbaik­i permainan, pasukan kami masih muda dan bekerja keras untuk mendapatka­n satu mata ini.

“Pada malam ini ia satu keputusan yang sukar, tetapi kita perlu lihat dari sudut lebih besar di mana kami cuba untuk layak ke Russia.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia