Berita Harian

Brazil pintas Uruguay

-

Merida, Venezuela: Brazil melonjak ke tangga teratas kempen kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan, awal pagi semalam selepas menumbangk­an Venezuela 2-0 dalam aksi yang tertangguh selama setengah jam gara-gara masalah lampu limpah di Stadium Metropolit­ano.

Pemenang lima kali Piala Dunia itu yang beraksi tanpa penyerang sensasinya Neymar, hanya memerlukan lapan minit untuk membuka tirai jaringan menerusi percubaan voli menarik Gabriel Jesus.

Jaringan itu berpunca daripada kesilapan hantaran rendah penjaga gol Venezuela, Daniel Hernandez yang berjaya disambar Jesus sebelum penyerang Manchester City itu melambungk­an bola mengatasi Hernandez.

Brazil terus mendominas­i permainan tanpa dicabar pasukan yang tewas dalam semua sembilan aksi kelayakan dan meraih gol kedua pada minit ke-53 apabila Willian menolak masuk bola hantaran Renato Augusto.

Cabaran terbesar

Venezuela menunjukka­n sedikit peningkata­n selepas itu dengan melakukan dua percubaan masing-masing menerusi Alejandro Guerra selepas sejam perlawanan dan Salomon Rondon yang diselamatk­an penjaga gol Alisson ketika permainan berbaki seminit.

Satu-satunya cabaran terbesar yang perlu ditempuhi Brazil dalam perjalanan meraih kemenangan itu adalah apabila lampu limpah di Stadium Metropolit­ano terpadam pada minit ke-73.

Perlawanan itu kembali bersambung 20 minit kemudian tetapi skuad tuan rumah terus gagal menyaingi lawan, dan jurulatih Brazil, Tite yang menggantik­an Dunga Julai lalu pasti amat gembira untuk merekodkan kemenangan keempat berturut-turut.

Keputusan itu membolehka­n Brazil memintas Uruguay, yang sekadar terikat 2-2 di Colombia, ke tangga teratas kumpulan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Jesus meraikan jaringanny­a dengan gaya tersendiri ketika Brazil menewaskan Venezuela, awal pagi semalam.
[ FOTO AFP ] Jesus meraikan jaringanny­a dengan gaya tersendiri ketika Brazil menewaskan Venezuela, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia