Berita Harian

Pogba minta kebebasan

Gesa Mourinho benarkan beraksi sebagai pemain tengah menyerang di Manchester United

-

Paul Pogba menggesa pengurusny­a Jose Mourinho untuk memberi kebebasan buatnya beraksi sebagai pemain tengah menyerang di Manchester United.

Dia membuat permulaan goyah sejak melengkapk­an perpindaha­n £89 juta (RM463 juta) dari Juventus dengan Mourinho masih tercari-cari posisi dan gandingan terbaik buat tonggak tengah antarabang­sa Perancis itu.

Mourinho sebelum ini lebih banyak menurunkan Pogba sebagai pemain tengah bertahan, tetapi selepas mencetak gol kemenangan Perancis dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Belanda kelmarin, dia mengakui lebih selesa untuk beraksi di bahagian depan.

“Saya cuba untuk menyesuaik­an diri,” katanya. “Saya seorang pemain yang lebih gemar bergerak ke depan. Jurulatih memberi arahan dan saya cuba mengikuti setiap arahannya itu.

Bermain seperti biasa

“Saya menerima bola dan cuba melakukan tugas bertahan. Ia menyebabka­n saya perlu beraksi dengan cara berbeza, sama seperti (Andrea) Pirlo.

“Saya perlu bermain seperti biasa, bersedia untuk memenangi bola semula dan berusaha keras untuk pasukan.”

Mourinho ketika ini masih tercari-cari kesebelasa­n terbaiknya dan dia pasti mahu membentuk sebuah pasukan mengelilin­gi pemain termahal dunia itu.

Setakat ini gandingan dia bersama Anders Herrera dilihat sebagai yang paling efektif kerana ia membolehka­n Pogba lebih bebas bergerak ke depan tanpa perlu memikirkan kerja bertahan.

Dengan United bakal berdepan pasukan seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester City selepas rehat antarabang­sa, pengendali dari Portugal itu perlu mencari penyelesai­an kepada masalah terbabit. Agensi

 ??  ?? Pogba (kanan) beraksi cemerlang ketika membantu Perancis menewaskan Belanda dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Arena Amsterdam, kelmarin.
Pogba (kanan) beraksi cemerlang ketika membantu Perancis menewaskan Belanda dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Arena Amsterdam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia