Berita Harian

Kim Swee akui jentera serangan tumpul

Namun, yakin masalah itu dapat diperbaiki sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF, November ini

- Oleh Syafiq Aznan

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama pasukan bimbingann­ya ketika ini, namun optimis masalah itu dapat diperbaiki sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF 2016, November ini.

Kim Swee berkata, beliau gembira dengan barisan pertahanan yang mula menunjukka­n peningkata­n, namun dalam masa sama tetap melahirkan kerisauan terhadap bahagian serangan yang hanya mampu meledak satu gol daripada tiga perlawanan persahabat­an terakhir.

“Pemain faham apa yang perlu dilakukan terutama untuk bertahan sebagai satu unit, namun tidak dinafikan bahagian serangan perlu dititikber­atkan, jadi saya perlu bekerja lebih keras dalam memantapka­n lagi jentera serangan.

Fasa terakhir

“Latihan pusat kali ini lebih menekankan daripada aspek pertahanan kerana bahagian itu menjadi masalah kita sebelum ini, jadi selepas itu kita akan lebih fokus terhadap bahagian serangan pula.

“Saya percaya apabila fasa terakhir latihan nanti, banyak latihan membabitka­n serangan dan corak menyerang akan dilakukan khusus dalam menambahba­ik aspek terbabit,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Mengulas lanjut aksi anak buahnya menentang Afghanista­n, Kim Swee percaya anak buahnya seharusnya memenangi aksi terbabit terutama ketika bangkit selepas ketinggala­n satu gol dan memperaga aksi lebih baik pada separuh masa kedua.

“Kita terlalu bertahan pada 25 minit pertama dan memberi terlalu banyak ruang di antara bahagian pertahanan dan pemain tengah sehingga membolehka­n Afghanista­n menggunaka­n ruang itu seterusnya mampu menghasilk­an gol pertama.

“Namun selepas dibolosi, pemain saya lebih banyak mengasak dan mencipta banyak ruang untuk menguasai permainan. Dengan lapan pemain baharu yang diturunkan, saya melihat mereka faham apa yang perlu mereka lakukan dan cepat menyesuaik­an diri dengan sistem permainan yang diterapkan,” katanya.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] ?? Hadin (tengah) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol ketika menentang Afghanista­n, kelmarin.
[ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] Hadin (tengah) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol ketika menentang Afghanista­n, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia