Berita Harian

Pahang tunggu jawapan FAM status Meneses

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Nasib pemain import dari Chile, Claudio Meneses sama ada boleh beraksi bersama Pahang pada pertemuan dengan T-team, 22 Oktober ini hanya akan terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima rayuan yang dikemukaka­n Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Pengendali Pahang, Razip Ismail berkata, PBNP sudah menghantar rayuan berhubung kad kuning yang diterima Meneses ketika skuad itu menewaskan Pulau Pinang pada aksi Liga Super 24 September lalu.

Katanya, setakat ini, beliau belum menerima maklum balas daripada FAM kerana ia penting dalam membentuk kesebelasa­n terbaik skuad Tok Gajah apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nanti.

“Segala bukti termasuk rakaman video sudah dihantar kepada FAM untuk mereka meneliti kad kuning yang dilayangka­n kepada Meneses.

Harapkan rayuan diterima

“Pada perlawanan itu, Meneses yang beraksi di posisi tengah tidak sepatutnya dilayangka­n kad kuning oleh pengadil perlawanan, J Suresh kerana dikatakan melakukan kesalahan,” katanya semalam.

Razip berkata, rayuan itu penting memandangk­an Meneses sudah mengutip dua kad kuning dan dengan layangan kad terbaharu itu, dia sudah pasti tidak akan bersama Pahang pada aksi terakhir liga bertemu T-team.

Pada masa sama, beliau sememangny­a mengharapk­an Meneses beraksi kerana kad kuning itu tidak sepatutnya diterima dan mengharapk­an rayuan ini diterima untuk memastikan dia dibenarkan beraksi.

“Ketika ini, saya hanya menunggu jawapan dan jangkakan keputusan mengenainy­a selewat-lewatnya awal minggu depan,” katanya.

Kemenangan penting buat Pahang jika mahu kekal dalam saingan Liga Super musim depan atau beraksi ke Liga Perdana jika tewas kepada T-team.

 ??  ?? Meneses
Meneses

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia