Berita Harian

Malaysia Tigress berada di landasan terbaik

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pengendali skuad wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah menyifatka­n skuad bimbingann­ya berada di landasan terbaik bagi menghadapi kempen Trofi Juarajuara Asia 2016 di Singapura, hujung bulan ini.

Ia susulan peningkata­n prestasi yang ditonjolka­n skuad Malaysia Tigress sepanjang mengharung­i aksi Liga Hoki Australia (AHL) 2016, baru-baru ini termasuk meraih dua kemenangan mengejutka­n.

Katanya, walaupun keputusan itu hanya membolehka­n skuad negara sekadar menamatkan saingan AHL di tempat ketujuh, ia membuktika­n sudah ada peningkata­n mendadak ditampilka­n anak didiknya sejak mengambil alih pasukan itu 10 bulan lalu.

“Saya yakin, barisan pemain negara mendapat pendedahan yang sangat berguna sepanjang beraksi pada AHL. Malah, mereka menunjukka­n peningkata­n dari segi prestasi berpasukan dan juga individu.

“Perlawanan di sana sangat kompetitif, tak sama seperti jelajah yang kita harungi sebelum ini. Contohnya, ketika aksi Jelajah Australia sebelum ini kita menewaskan WA Diamond dalam empat daripada lima aksi.

Tak mahu letak tekanan

“Namun pada saingan AHL, WA Diamond menewaskan kita 3-1 pada aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan kerana mereka menurunkan pemain terbaik termasuk enam pemain antarabang­sa Australia.

“Malah, ada beberapa penyerang muda seperti Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Md Saiuti mencuri tumpuan apabila tampil dengan persembaha­n meyakinkan, mereka inilah masa depan negara," katanya.

Mengulas mengenai aksi Trofi Juara-juara Asia, Dhaarma berkata saingan itu lebih kepada pentas untuk melihat seberapa jauh jarak anak didiknya dengan empat pasukan utama Asia - China, Korea, Jepun dan India.

“Sebenarnya tahap kita masih jauh ketinggala­n, jadi saya tidak mahu meletakkan tekanan ke atas pemain... Saya lebih berminat untuk melihat hasil latihan selama 10 bulan, sejauh mana hasilnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia