Berita Harian

Nafuzi bawa T-team ke final temui Kelantan

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pengendali skuad Piala Presiden T-team, Mohd Nafuzi Zain mengakui gembira apabila misinya membawa pasukannya mara ke pentas final buat julung kali tercapai.

Lebih manis, lawannya dalam perlawanan akhir nanti adalah juara bertahan yang juga bekas pasukan kendaliann­ya musim lalu, Kelantan.

"Memang sasaran utama saya untuk membawa T-team ke perlawanan akhir sebaik dilantik membimbing pasukan ini tahun ini dan bersyukur misi tercapai.

"Kejayaan pasukan juga hasil kerja keras pemain yang bertungkus lumus sejak awal musim hingga berjaya mara ke pentas akhir buat julung kali," katanya yang ditemui selepas perlawanan.

T-team dan Perak terikat tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam namun mara ke pentas akhir dengan agregat 3-1 hasil kemenangan separuh akhir pertama di Ipoh, pada 3 Oktober lalu.

Ditanya mengenai pertemuan dengan bekas pasukannya di pentas akhir, Mohd Nafuzi berkata keduadua pasukan memiliki peluang seimbang untuk muncul juara.

Bekasanakb­uah

Begitupun, aksi bertemu dengan Kelantan memberi sedikit kelebihan buat pasukannya kerana mengetahui serba sedikit corak permainan bekas anak buahnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Perak, Sayuddin Mohd Isa, berkata anak buahnya sudah memberikan yang terbaik untuk mencari kemenangan, namun rezeki tidak memihak pasukannya.

Katanya, pasukannya mempunyai beberapa peluang menjaringk­an gol, namun gagal disudahkan dengan jaringan hingga wisel penamat.

"Kita dihidangka­n banyak peluang, tapi pemain saya gagal memanfaatk­an dengan sentuhan gol.

"Bagaimanap­un, secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan persembaha­n yang diberikan pemain," katanya.

 ??  ?? Pemain Piala Presiden T-team, Mohd Zarulizwan Mazlan (kanan) mengasak pemain Piala Presiden Perak, di SSINS, semalam.
Pemain Piala Presiden T-team, Mohd Zarulizwan Mazlan (kanan) mengasak pemain Piala Presiden Perak, di SSINS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia