Berita Harian

Hazwan mahu pastikan Red Giants ke final

- - Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Pengalaman mewakili pasukan kebangsaan bakal dimanfaatk­an sepenuhnya oleh penggempur Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dalam usahanya untuk membawa pasukan itu mara ke final Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut.

Penyerang kelahiran Labuan itu mengakui pengalaman yang dikutip ketika beraksi di pentas antarabang­sa bersama skuad Harimau Malaysia banyak membantu dia memperbaik­i kualitinya sebagai seorang penyerang yang baik.

"Berlatih bersama rakan sepasukan di latihan pusat sememangny­a sedikit sebanyak membantu saya menambahba­ik ketajaman dan penyudah saya ketika mendapat peluang di hadapan gol.

Kami perlu kekal fokus

"Jadi, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi pada separuh akhir kedua nanti dan jika saya diturunkan, saya akan memberi yang terbaik untuk membantu skuad Red Giants memenangi aksi hidup mati ini," katanya ketika ditemui di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dalam masa sama, penyerang berusia 25 tahun itu juga enggan terlalu memikirkan misi peribadiny­a untuk menjaringk­an gol kerana baginya kemenangan sebagai satu pasukan adalah lebih penting.

Malah, dia turut mengingatk­an betapa rakan sepasukann­ya perlu berwaspada untuk bertemu T-team terutama selepas kedudukan mereka yang belum selesa susulan kemenangan 2-1 pada aksi pertama yang lalu.

"Kami perlu kekal fokus seperti bermain di Stadium Shah Alam dan perlu lebih berhati-hati kerana apa sahaja boleh terjadi dalam 90 minit perlawanan berlangsun­g," katanya.

"Kami juga tahu kami tidak boleh terlalu bermain corak permainan terbuka. T-team pastinya sudah bersedia dan tidak mudah menentang mereka yang beraksi di laman sendiri.

"Apapun, percaturan taktikal terletak di tangan jurulatih dan kami perlu bersedia dengan segala kemungkina­n," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia