Berita Harian

Fauzi tuntut pemain tenang

Anggap aksi menentang Kedah, Sabtu ini sebagai pertemuan hidup mati

- Oleh Nazri Abu Bakar

Aksi tenang, fokus dan bersungguh-sungguh dituntut jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus pada pertemuan hidup mati berdepan Kedah di pentas saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Baginya, resipi berkenaan amat diperlukan ketika berdepan saingan getir Helang Merah yang memahat keazaman untuk mara ke final selepas menang 2-1 di Alor Setar, sebelum ini.

Mohd Fauzi berkata, pemain juga diharap tidak terlalu gopoh ketika melakukan penyudah berkesan di depan gawang bagi memastikan jaringan penting mampu dihasilkan pada perlawanan itu.

“Saya sudah mengatur perencanaa­n bagi memastikan corak permainan yang lebih tersusun terutama ketika bertahan dan mengatur serangan, namun terpulang kepada persembaha­n mereka pada perlawanan sebenar. Apa yang saya harapkan, berlaku lebih baik daripada apa yang dirancang.

Keliru lawan

“Malah, saya mengharapk­an pemain tengah dan hadapan sentiasa mengutamak­an hantaran kepada rakan yang memiliki kedudukan lebih baik untuk menjaringk­an gol sekali gus mampu mengeliruk­an pertahanan lawan.

“Namun, jika peluang lebih terbuka buat mana-mana pemain termasuk barisan pertahanan, mereka seharusnya terus melakukan penyudah,” katanya.

Malah, kapten pasukan, Mohd Safuwan Baharudin dan penyerang kelahiran Brazil, Guilherme de Paula juga memiliki jiwa profesiona­l dalam memastikan jaringan mampu dilakukan tanpa mengira siapa yang mencetak nama.

Situasi positif itu jelas diharapkan kepada anak buahnya, bagi diterjemah pemain walaupun berdepan halangan mencabar lawan.

Katanya, beliau masih belum menentukan kedudukan kesebelasa­n utama pasukan berkenaan, namun sudah melihat barisan terbaik yang akan diberi tugasan.

Jurulatih itu berkata, kesungguha­n pemain memperaga permainan yang memberangs­angkan pada sesi latihan adalah petanda baik menjelang perlawanan sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia