Berita Harian

Kedah yakin benteng tetap utuh

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Kedah yakin barisan pertahanan­nya tetap utuh walaupun dua tonggak, Ariff Farhan Md Isa dan kapten, Khairul Helmi Johari tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Ariff Farhan yang cedera di lutut ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman pada 30 September lalu perlu berehat dalam tempoh yang panjang manakala Khairul Helmi pula cedera ketika perlawanan persahabat­an antara Malaysia dan Singapura pada 7 Oktober lalu.

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, berkata beliau sudah mempunyai pengganti yang dapat menggalas tugas penting dalam menghadapi perlawanan itu.

"Saya tetap yakin dengan kemampuan pemain yang akan menggantik­an mereka dan sebagai jurulatih saya akan pastikan mereka dapat berganding­an dengan baik bersama pemain import, Bang Seung Hwan.

"Hwan yang baru pulih dari kecederaan sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak Ahad lalu dan ini memberi sedikit kelebihan untuk kita,” katanya semalam.

Cheng Hoe juga yakin persiapan dan latihan jentera serangan skuad Helang Merah yang dibarisi trio import, Liridon Krasniqi, Shane Edward Smeltz dan Thiago Augusto berjalan dengan lancar.

Sentuhan pemain muda

"Kita mempunyai barisan pemain muda yang boleh beraksi dengan baik dengan pemain berpengala­man dalam pasukan dan saya juga berharap mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkina­n ketika bertemu PDRM.

“Saya berharap pemain yang mengambil alih tempat tonggak ini mampu menampilka­n permainan baik sekali gus membawa Kedah mara ke final,” katanya.

Justeru, Cheng Hoe mengingatk­an semua pemain supaya kekal fokus dan bersedia dengan persiapan mental untuk menghadapi perlawanan di Stadium Hang Jebat.

"Untuk melayakkan diri ke final, kita perlukan kekuatan mental dan disiplin yang tinggi kerana pasukan lawan pasti menggunaka­n segala kelebihan yang ada ketika mereka beraksi di tempat sendiri, Stadium Hang Jebat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia