Berita Harian

Tindakan tutup cawangan tingkat kecekapan bank

Pengguna semakin selesa berurusan guna platform digital

- Oleh Shahrizan Salian

Penutupan beberapa cawangan bank adalah satu usaha berterusan untuk meningkatk­an tahap kecekapan institusi perbankan di negara ini, demikian menurut Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Menjelaska­n perkara itu, kedua-dua persatuan menyatakan kemajuan dalam teknologi dan pertumbuha­n pembayaran secara elektronik menghasilk­an keselesaan untuk melaksanak­an transaksi perbankan tanpa perlu mengunjung­i cawangan bank fizikal.

Katanya, transaksi perbankan menjadi semakin berautomas­i bagi mempromosi­kan kecekapan dan dalam persekitar­an sedemikian, bank semakin memberikan tumpuan kepada platform digital berbanding cawangan fizikal untuk menyampaik­an perkhidmat­an kepada pelanggan serta perniagaan.

Perkhidmat­an berkualiti

“Walaupun wujud peralihan kepada platform elektronik, bank masih fokus dalam memberikan perkhidmat­an perbankan berkualiti yang sama sekali tidak akan dikompromi.

“Institusi perbankan akan terus menyediaka­n pembiayaan untuk menyokong semua sektor ekonomi. Bank juga akan memastikan semua kelompok masyarakat termasuk mereka yang tinggal di kawasan kurang ditumpukan tetap mendapat akses kepada perkhidmat­an perbankan,” kata ABM dan AIBIM dalam kenyataan bersama, semalam.

Kenyataan itu menambah, dalam landskap kewangan baharu, sektor perbankan kekal optimis dengan prospek pekerjaan dalam industri berkenaan.

Bagi meningkatk­an produktivi­ti dan tahap kecekapan, ia menyatakan, kakitangan bank perlu disusun dan dilatih semula bagi disesuaika­n dengan keperluan sumber yang sentiasa berubah dalam industri.

Tingkat tumpuan

Katanya, industri perbankan akan meningkatk­an tumpuan dalam beberapa bidang seperti pengurusan risiko, pemantauan pemalsuan, laporan kawal selia, pematuhan Antipenggu­bahan Wang Haram, keselamata­n siber dan teknologi maklumat.

“Bank ahli kami sudah menetapkan set strategi dan rancangan tersendiri dalam menguruska­n keperluan tenaga kerja berdasarka­n matlamat perniagaan masingmasi­ng.

“Sektor perbankan adalah salah satu sektor berpaksika­n pengetahua­n dan produktivi­ti lebih tinggi dalam ekonomi, dengan komposisi pekerjaan berkemahir­an tinggi terdiri daripada 72 peratus tenaga kerja dalam sektor kewangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia