Berita Harian

MPOC rayu levi untung luar biasa pekebun disemak semula

-

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula levi keuntungan luar biasa yang amat membebanka­n pekebun sawit.

Pengerusin­ya, Datuk Lee Yeow Chor, berkata semakan terakhir harga siling adalah pada RM2,500 satu tan pada 2009.

“Kami berharap kerajaan akan menaikkan had harga siling bagi cukai keuntungan luar biasa terhadap minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,000 satu tan memandangk­an kos pengeluara­n tinggi.

“Setakat ini, kita dikenakan cukai dan kos pengeluara­n juga naik. Kami harap kerajaan mengkaji semula dan menaikkann­ya kepada RM3,000 satu tan,” katanya kepada pemberita di luar acara Seminar dan Pameran Perdaganga­n Minyak Sawit Malaysia (POTS) 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Tidak relevan

Yeow Chor berkata, levi keuntungan luar biasa tidak lagi relevan sekarang jika dibandingk­an dengan semasa pengenalan pada 1999.

Pekebun kelapa sawit tertakluk kepada 15 peratus cukai keuntungan luar biasa apabila harga MSM melebihi RM2,500 setan.

Di Sabah dan Sarawak, pekebun dikenakan 7.5 peratus cukai keuntungan luar biasa sekiranya harga MSM naik melebihi RM3,000 satu tan.

Layanan adil

Sementara itu, MPOC akan terus mendesak Perancis untuk memberi layanan adil dan tanpa diskrimina­si ke atas minyak sawit berbanding minyak boleh dimakan lain.

Yeow Chor berkata, Menteri Biodiversi­ti Perancis akan mengkaji untuk merasional­isasikan percukaian ke atas minyak sayuran.

“Minyak sawit Malaysia kini dikenakan 21 peratus cukai import. Kami mendesak untuk layanan lebih adil dan tanpa diskrimina­si,” katanya. Pengerusi MPOC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia