Berita Harian

Chevrolet Colorado baharu sasar jual 1,300 unit setahun

Permintaan dijangka meningkat terutama dari wilayah tengah

-

Naza Quest Sdn Bhd menjangkak­an Chevrolet Colorado baharu, yang dijadual dilancarka­n pada 20 Oktober ini, diunjur mencatat jualan tahunan 1,300 unit.

Ketua Syarikat, Mohd Farid Rosli, berkata versi baharu Colorado disasarkan dijual sepenuhnya tahun depan, dengan penyerahan paling awal disasarkan akhir tahun.

“Pasaran sasaran utama kami bagi versi Colorado ialah Sabah dan Sarawak dan di wilayah tengah.

Ciri keselamata­n unik

“Bagaimanap­un, kami mengunjurk­an permintaan meningkat dari wilayah tengah disebabkan ciri keselamata­n unik yang ditawarkan versi baharu yang memenuhi peman duan di lebuh raya dan jalan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas pandu uji eksklusif media Chevrolet Colorado baharu di Pekan, Pahang, semalam.

Farid berkata, tempahan untuk Colorado baharu dibuka pada 4 Oktober pada harga mulai RM95,000 ke atas (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

“Sambutan sangat positif. Ramai pelanggan mahu memandu uji kenderaan itu yang menawarkan pelbagai ciri baharu,” katanya.

Seratus tempahan terawal berhak menerima komplement­ari komponen dan tenaga buruh bernilai tiga tahun.

Farid berkata, edisi terbaharu pikap Colorado membabitka­n kerja keras dan sumber untuk menambah baik reka bentuk.

Reka bentuk trak diperhalus­i sepenuhnya

“Setiap elemen reka bentuk trak diperhalus­i sepenuhnya. Keselesaan pemanduan dan pengendali­an, paras bunyi kabin yang senyap dan ciriciri keselamata­n hebat, dan apa yang anda mahukan bagi sebuah trak boleh didapati dalam Chevrolet,” katanya.

Pikap baharu itu ditawarkan dalam lima varian, dengan tiga daripadany­a dikuasakan enjin 2.5 liter, dan dua lagi 2.8 liter.

Colorado Chevrolet sebelum ini menggunaka­n enjin 2.8 liter. Sejak dilancarka­n pada tahun 2012, 3,000 unit sudah dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia