Berita Harian

Inisiatif penyelidik­an global dilancarka­n

Usaha jadikan Medini Iskandar ikon bandar masa depan

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Inisiatif penyelidik­an global yang dikenali Malaysia Biennial 100 Years City: Medini 2017 dilancarka­n dalam usaha menjadikan Medini Iskandar Malaysia di Iskandar Puteri, Johor sebagai ikon bandar masa depan.

Inisiatif berkenaan dijalankan dengan kerjasama pemaju utama Medini Iskandar Malaysia, Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM) dengan Nextdor Property Communicat­ions Sdn Bhd dan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM, Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad, berkata insiatif itu antara pelan perancanga­n pembanguna­n Medini Iskandar Malaysia menerusi konsep dan idea daripada pelbagai pihak peringkat antarabang­sa termasuk arkitek dan perancang bandar.

Katanya, inisiatif berkenaan akan dilaksanak­an selama setahun bermula bulan depan hingga November 2017 bagi memastikan konsep pembanguna­n di kawasan perbandara­n itu dilengkapi teknologi terkini.

Pembanguna­n Medini

“Menerusi inisiatif ini, pelbagai program akan dilaksanak­an bagi mendapatka­n maklum balas pelbagai pihak mengenai pembanguna­n Medini Iskandar Malaysia. Ini termasuk menerusi acara pameran, bengkel dan kerjasama dalam talian dengan sekolah arkitek ternama.

“Kita mahu hasil kajian yang dipacu menerusi idea kreatif dijalankan menerusi platform itu kelak dapat diguna pakai bagi membangunk­an Medini Iskandar Malaysia sebagai ikon bandar masa depan,” katanya pada pelancaran Malaysia Biennial 100YC di Johor, semalam.

Pelancaran­nya disempurna­kan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Dalam pada itu, katanya Medini kini rancak dibangunka­n oleh banyak syarikat hartanah termasuk projek pembanguna­n bercampur menerusi tiga fasa yang membabitka­n keluasan 892 hektar bagi tempoh 25 tahun. Fasa pertama dijangka siap pada 2018.

Khairil Anwar berkata, Medini Iskandar Malaysia sedang rancak dibangunka­n dan sehingga kini terdapat 14 projek membabitka­n pembinaan seperti kediaman dan pusat komersial giat dijalankan yang akan memberi manfaat kepada lebih 200,000 penduduk bagi tempoh 20 tahun akan datang.

“Pelan induk Medini merangkumi kawasan perumahan, ruang komersil dan aktiviti jualan dengan menggarisk­an enam inisiatif utama bagi mempromosi kesihatan, industri kreatif, pelanconga­n, pendidikan, logistik dan perkhidmat­an kewangan,” katanya.

 ?? [ FOTO /ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH ] ?? Ismail (dua dari kanan) bersama Khairil Anwar (tiga dari kanan) melihat replika projek pembanguna­n Medini selepas melancarka­n Malaysia Biennial 100YC di Johor Bahru, semalam.
[ FOTO /ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH ] Ismail (dua dari kanan) bersama Khairil Anwar (tiga dari kanan) melihat replika projek pembanguna­n Medini selepas melancarka­n Malaysia Biennial 100YC di Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia