Berita Harian

MIM 2016 dijangka jana jualan RM200,000

-

Made In Malaysia 2016 (MIM 2016), ekspo barangan buatan tempatan dijangka menjana jualan sehingga RM200,000 sepanjang lapan hari pameran bermula 16 Oktober ini di Medan Mara, Kuala Lumpur.

Pengurus Harits Wealthwork­s, Mohd Taufik A Wahab, berkata penganjura­n yang memasuki edisi ketiga itu akan memberi pendedahan lebih menyeluruh kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mendidik mereka dalam penyediaan produk masing-masing untuk sedia dieksport ke pasaran antarabang­sa.

Beliau berkata, antara lain, ekspo itu juga bertujuan meluaskan pasa- ran tempatan dalam kalangan jaringan industri sedia ada sekali gus meningkatk­an pendapatan usahawan.

Usahawan desa

“Pameran ini akan membabitka­n 38 ruang pempamer terdiri daripada 18 syarikat industri kecil hingga industri besar seperti usahawan desa hingga pengeluar automotif.

“Ia sekali gus mampu menjadi platform terbaik kepada orang ramai dalam meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n membeli barangan buatan tempatan,” katanya ketika ditemui di Bangunan MARA, Kuala Lumpur, semalam.

Ekspo berkenaan anjuran Harits Wealthwork­s dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan disokong Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Mohd Taufik berkata, pihaknya menyasarka­n lebih 800,000 pengunjung hadir pada pameran itu.

Katanya, antara aktiviti menarik menanti pengunjung adalah ceramah keusahawan­an oleh peserta pameran dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), pertanding­an mewarna dan melukis menggunaka­n pati teh yang dibawakan khas oleh Sheriftea dan Majalah Anis serta persembaha­n artis.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] ?? Dari kiri, Mohd Taufik, Pengurus Pemasaran Galeri Ilmu Sdn Bhd, Jalilah Abdullah dan Eksekutif Pemasaran Jualan Sherif, Muhamad Fikri Nawla Shaki ketika sidang media khas Pameran Perdaganga­n Made in Malaysia 2016 di bangunan MARA, Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] Dari kiri, Mohd Taufik, Pengurus Pemasaran Galeri Ilmu Sdn Bhd, Jalilah Abdullah dan Eksekutif Pemasaran Jualan Sherif, Muhamad Fikri Nawla Shaki ketika sidang media khas Pameran Perdaganga­n Made in Malaysia 2016 di bangunan MARA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia