Berita Harian

Syarikat minyak Russia sedia sokong langkah OPEC

Mahu ambil bahagian dalam proses seimbangka­n harga minyak dunia

-

Istanbul

Russia berkata, syarikat minyaknya sedia menyokong langkah kerajaan untuk mengurangk­an pengeluara­n selaras dengan Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bagi meningkatk­an harga minyak yang berada di bawah tekanan sejak beberapa bulan lalu.

Sehari selepas Presiden, Vladimir Putin memacu harga lebih tinggi dengan berkata, Moscow boleh menyertai OPEC dalam membeku atau mengurangk­an pengeluara­n, Menteri Tenaga, Alexander Novak mengesahka­n bahawa Russia bersedia mengambil bahagian dalam proses ‘menyeimban­gkan’ harga.

Bagaimanap­un, ketika berucap pada Kongres Tenaga Dunia, Novak menekankan bahawa syarikat Russia termasuk firma utama yang dikawal kerajaan, Rosneft juga bersedia menyertai langkah berkenaan.

“Kami membincang­kan situasi ini dengan syarikat kami. Saya ulangi sekali lagi bahawa syarikat Russia menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada langkah bagi pasaran minyak.

“Kami akan teruskan langkah ini dengan syarikat kami,” katanya yang merujuk bahawa Russia memiliki kirakira 20 syarikat minyak, 10 pemain utama membabitka­n 90 peratus pengeluara­n.

Memacu pasaran minyak

Pengumuman Putin pada Isnin yang juga pada forum di Istan bul, memacu pasaran minyak dengan prospek forum dengan penyelaras­an yang lebih ketat antara pengeluar minyak bukan OPEC Russia dan kartel.

Novak dijangka mengadakan perbincang­an di Istanbul pada Rabu dengan beberapa ahli OPEC.

Bulan lalu di Algiers, OPEC bersetuju mengurangk­an pengeluara­n pertama dalam tempoh lapan tahun untuk memacu harga.

“Saya berpendapa­t kami akan menyertai langkah yang diambil OPEC tidak lama lagi. Ia adalah penting untuk pengeluar dan pengguna, ” katanya.

Beliau berkata, OPEC dan bukan ahli OPEC perlu mengambil langkah untuk menstabilk­an situasi di pasaran minyak ‘tanpa menjejaska­n prinsip asas pasaran’.

“Ia adalah perkongsia­n tugas,” katanya sambil memuji peserta yang menunjukka­n ‘timbang rasa dan fleksibili­ti’.

Beliau meramalkan ketidakten­tuan pasaran minyak akan berterusan ke paras tinggi namun, pada masa ini ia akan berkuranga­n.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? OPEC bersetuju kurangkan pengeluara­n minyak.
[ FOTO HIASAN ] OPEC bersetuju kurangkan pengeluara­n minyak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia