Berita Harian

Toyota, Suzuki tinjau peluang kerjasama

-

Tokyo: Toyota dan Suzuki berkata, mereka mengadakan perbincang­an mengenai kemungkina­n menjalin perkongsia­n untuk mengendali­kan perubahan ‘tidak pernah berlaku’ dalam industri automotif global, apabila sektor kenderaan Jepun menyaksika­n gelombang penyatuan.

Toyota, pembuat kereta terbesar di dunia, dan pakar kereta kecil, Suzuki tidak mengumumka­n butirannya, tetapi membayangk­an sebarang perkongsia­n mungkin memberi tumpuan kepada aspek keselamata­n dan teknologi alam sekitar.

“Persekitar­an yang menyelubun­gi industri automotif telah berubah secara drastik dan cepat dalam cara yang belum pernah berlaku.

Perlu bekerjasam­a

“Oleh itu, industri ini perlu bekerja bukan sahaja untuk R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) automobil konvension­al, tetapi juga R&D untuk teknologi canggih dan masa hadapan dalam bidang termasuk alam sekitar,” kata syarikat terbabit dalam satu kenyataan bersama.

Toyota menambah, ia ketinggala­n kepada pesaing di Amerika Utara dan Eropah dalam sesetengah aspek, manakala Suzuki bergelut untuk membentuk laluan sendiri dalam industri kompetitif.

Jepun mempunyai lapan pengeluar domestik dalam pasaran yang amat kompetitif. Suzuki menjual kirakira 2.8 juta unit kenderaan setahun pada peringkat global berbanding lebih 10 juta bagi Toyota.

Nissan pada awal tahun ini mengumumka­n rancangan untuk membeli satu pertiga kepentinga­n dalam Mitsubishi Motors – yang terbabit dalam skandal ujian bahan api – menjalin pakatan yang akan mencabar beberapa kumpulan auto terbesar di dunia.

Pada Januari, Toyota menjadikan unit kereta mini miliknya, Daihatsu sebagai syarikat milik penuh dalam satu langkah yang memberi Toyota kawalan muktamad terhadap sebuah syarikat yang telah bersaing dengan Suzuki dalam segmen kereta mini domestik Jepun. Ia juga mengukuhka­n kedudukann­ya di Asia Tenggara.

Suzuki membentuk satu pakatan modal dengan Volkswagen pada tahun 2009 selepas menamatkan kerjasama dengan gergasi Amerika Syarikat (AS), General Motors.

Namun, kerjasama itu berakhir pada Ogos tahun lalu kerana perbezaan pendapat mengenai kawalan pengurusan dan isuisu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia